Manchester City pulang dengan tangan kosong dari Amex Stadium, walaupun mendahului 2-0 ketika berhadapan dengan Brighton dan Hove Albion.

Pasukan tuan rumah berjaya bangkit untuk menang 3-2 ke atas juara musim ini.

City di hadapan hanya ketika perlawanan baru baru 2 minit bermula. Ilkay Gundogan meneruskan aksi cemerlangnya musim ini dengan jaringan pembukaan.

Namun City terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila Joao Cancelo dibuang padang pada minit ke-10 perlawanan.

Walaupun beraksi dengan kelebihan seorang pemain, Brighton tetap buntu untuk mencari gol dan separuh masa pertama City masih kekal dengan 1-0.

Malah ketika masuk separuh masa kedua, City menambah satu lagi gol. Kali ini menerusi seorang lagi bintang yang cemerlang musim ini, Phil Foden.

Foden menjaringkan gol kedua City pada minit ke-48.

Tetapi hanya dua minit kemudian, Brighton merapatkan jurang gol Leandro Trossard. Itu telah menjadi pencetus kepada kebangkitan bersejarah Brighton.

Trossard melakukan beberapa acahan ‘fake shot’ yang luar biasa di dalam kotak penalti sebelum menewaskan Ederson.

Pemain penting City musim ini, Ilkay Gundogan kemudian terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan.

Brighton mulai memanfaatkan kelebihan seorang pemain mereka. Dan pada minit ke-72, Brighton menyamakan kedudukan menerusi Adam Webster yang menyempurnakan hantaran Pasal Gross.

Selang empat minit kemudian, Brighton mendapat gol ketiga hasil jaringan Dan Burn yang merembat masuk bola hasil rebound.

Pasukan tuan rumah berjaya bertahan dengan baik untuk baki perlawanan tersebut dan memastikan 3 mata dimenangi mereka.

Baca juga artikel

TERKINI: Benzema Bakal Perkuat Skuad Perancis Hadapi Euro

TERKINI: Harry Kane Beritahu Spurs, Mahu Angkat Kaki Demi Trofi

Chelsea Tewas Dalam Final Liga Juara Juara Eropah, Barcelona Julang Kejuaraan Sulung