Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Arsenal kekal di puncak liga selepas satu lagi kemenangan cemerlang di dalam EPL. Arsenal meneruskan rekod cemerlang mereka sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

Kali ini Arsenal menang ke atas Tottengam Hotspur dalam aksi Derbi London Utara.

Di mana skuad bimbingan Mikel Arteta mengekalkan momentum terbaik mereka musim ini untuk terus keka di persada liga seminggu lagi.

Selepas rehat antarabangsa, Arsenal menumpukan aksi dalam perlawanan besar Derbi London Utara.

Skuad Mikel Arteta tak menunggu lama apabila mereka di hadapan menerusi Thomas Partey menerusi gol yang sangat cantik pada minit ke-20.

Spurs lebih banyak menumpukan permainan berasaskan serangan balas. Sementara Arsenal cuba mendominasi perlawanan.

Akhirnya Spurs menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Harry Kane pada minit ke-31 untuk menjadikan kedudukan 1-1 pada rehat separuh masa.

Kapten antarabangsa England itu meneruskan rekod cemerlang secara peribadi menentang Arsenal.

Bersambung babak kedua, Arsenal kembali di hadapan menerusi Gabriel Jesus. Di mana Jesus mengambil kesempatan di atas kesilapan penjaga gol berpengalaman Spurs, Hugo Lloris.

Keadaan menjadi lebih buruk buat skuad bimbingan Antonio Conte apabila mereka dikurangkan kepada 10 pemain selepas Emerson Royal dibuang padang pada minit ke-62.

5 minit selepas kad merah itu, Arsenal menambah gol menerusi Granit Xhaka untuk menjadikan kedudukan 3-1.

Tamat perlawanan, Arsenal 3 Tottenham Hotspur 1, dengan Arsenal kekal di puncak liga, walau apa yang berlaku dalam perlawanan lain pada minggu ini.