Manchester United meneruskan kempen Liga Perdana Inggeris mereka berhadapan dengan pasukan Burnley yang bergelut mahu mengelakkan penyingkiran.

Ralf Rangnick memutuskan untuk meletakkan superstar mereka, Cristiano Ronaldo di bangku simpaman dan menurunkan Edinson Cavani sebagai no.9 di kesebelasan utama.

Manchester United hampir di hadapan meneusi Rapahel Varane. Namun gol tersebut dibatalkan oleh VAR yang mendakwa Harry Maguire berada dalam kedudukan ofsaid.

Tidak lama selepas itu Man United mencetak satu lagi gol. Dan kali ini gol oleh Paul Pogba hasil umpanan Luke Shaw disahkan oleh pengadil.

Kredit juga kepada Marcus Rashford yang melakukan larian penetratif yang sangat baik.

Kemudian Man United menyaksikan satu lagi gol mereka dibatalkan kerana Pogba didakwa telah melanggar Ben Mee.

Manchester United beraksi sangat baik sekali pada separuh masa pertama. Namun sekali lagi Red Devils mengulangi apa yang mereka lakukan ketika perlawanan piala FA menentang Middlesbrough.

Di mana United mencipta banyak peluang tetapi tidak memanfaatkannya dengan lebih baik. United melakukan 22 percubaan dalam perlawanan ini. Dan hanya 1 sahaja yang masuk.

Ketika aksi separuh masa kedua disambung, Manchester United tidak bermain dengan baik. Mereka dihukum oleh Burnley.

Tidak sampai seminit aksi separuh masa kedua bermula, Burnley berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Jay Rodriguez yang menerima hantaran kemas daripada Wout Weghorst.

Weghorst berjaya melepasi Maguire yang terlalu gopoh ketika bertahan.

Rangnick kenudian memasukkan Cristiano Ronaldo untuk menggantikan Edinson Cavani. Dan Man United kembali mencipta beberapa peluang terutama sekali menerusi hantaran lintang kepada Ronaldo.

Namun tiada tambahan gol daripada kedua-dua pasukan dalam baki perlawanan. Dan perlawanan berakhir 1-1.

Keputusan seri ini menyaksikan Manchester United turun ke tangga kelima. Ini selepas West Ham memenangi perlawanan mereka dalam satu lagi aksi.

Burnley kekal di tangga tercorot dalam carta Liga Perdana Inggeris. Namun 1 mata daripada aksi berdepan Man United sentiasa akan dihargai peminat untuk kelab seperti mereka.