Sergio Romero menjadi seorang lagi pemain nama besar yang gagal menempatkan diri dalam skuad utama 25 pemain yang akan beraksi di Liga Perdana Inggeris musim ini.

Selain daripada Romero, nama Phil Jones turut disingkirkan oleh Solskjaer.

Romero dan Jones bersama dengan Rojo sebelum ini disahkan akan disingkirkan daripada skuad UCL untuk Man United musim ini.

Perkara itu yang membuatkan isteri Sergio Romero meroyan menerusi media sosial — kerana menurutnya Manchester United langsung tak mengenang jasa dan tidak menghormati suaminya.

Jones bermain 8 perlawanan sahaja untuk United musim lalu. Beliau berdepan masalah kececeraan dan kecergasan. Tahun lalu, Phil Jones sudah menandatangani kontrak baharu 4 tahun di Old Trafford.

Romero mungkin akhirnya akan menuju jalan keluar pada Januari nanti. Ini selepas beliau terus gagal mendapat tempat dalam pasukan Solskjaer.

Romero kehilangan slot penjaga gol keduanya kepada Dean Henderson. Musim lalu Romero dimainkan dalam pertandingan piala. Dalam kempen UEL, Romero cemerlang membantu United mara sehingga ke separuh akhir.

Namun pada aksi separuh akhir Solskjaer membuat keputusan drastik menurunkan De Gea yang ketika itu masih begelut dengan prestasi. Man United tersingkir daripada persaingan.

Romero sebelum ini sudah menyatakan hasratnya untuk menyertai Aston Villa atau Everton.

Namun kedua dua pasukan tersebut memutuskan untuk tidak meneruskan rundingan selepas Man  United enggan melepaskan pemain itu secara percuma ataupun dengan bayaran rendah.

Villa dan Everton akhirnya menandatangani penjaga gol baharu.

Isteri Romero sangat kecewa dengan layanan kelab kepada suaminya. Eliana Guercio menuduh Manchester Unite kurang rasa hormat kepada suaminya.

Berikut adalah senarai 25 pemain Manchester United untuk kempen musim 2020/21.

  • Eric Bailly, Edinson Cavani, David de Gea, Bruno Fernandes, Fred, Odion Ighalo, Victor Lindelof, Anthony Martial, Juan Mata, Nemanja Matic, Marcos Rojo, Alex Telles, Donny van de Beek
  • Homegrown: Timothy Fosu-Mensah, Lee Grant, Dean Henderson, Daniel James, Jesse Lingard, Harry Maguire, Scott McTominay, Paul Pogba, Marcus Rashford, Luke Shaw, Axel Tuanzebe, Aaron Wan-Bissaka
  • B-21: Mason Greenwood, Teden Mengi, Facundo Pellistri, Brandon Williams

Baca juga perkembangan lain

UCL: Rashford Terus Menjadi Mimpi Ngeri PSG Di Kota Paris

EPL: Mesut Ozil Digugurkan Daripada Skuad Utama Arsenal

Mourinho Bangkang Pendapat Menyatakan Bale Punca Spurs Tak Menang