Manchester United melayan kunjungan Arsenal di Old Trafford. Erik Ten Hag menurunkan pemain baharu mereka, Antony dalam kesebelasan utama.

Awal 10 minit pertama, Man United beraksi dengan dominan. Arsenal pula bermula dengan agak gugup pada awal perlawanan.

Arsenal hampir di hadapan pada minit ke-11 apabila Gabriel Martinelli menjaringkan gol daripada situasi 1 lawan 1.  Tetapi gol itu kemudian dibatalkan kerana ada kekasaran dilakukan oleh Odegaard ke atas Eriksen.

Arsenal kemudian meningkatkan tempo permainan mereka. Tetapi Man United menghukum mereka dengan gol oleh pemain debut iaitu Antony.

Antony yang melepasi kawalan dari belakang Zinchenko menerima bola dalam ruang yang besar. Antony melencongkan bola menewaskan Aaron Ramsdale.

 

Arsenal cuba memberikan respon dengan segera namun Man United bertahan baik untuk memastikan separuh masa pertama berakhir 1-0 memihak tuan rumah.

Pada separuh masa kedua, Arsenal terus mengekalkan intensiti permainan mereka. Dan akhirnya pada minit ke-60, apabila Bukayo Sako menyamakan kedudukan.

Manchester United kemudian kembali di hadapan menerusi gol Marcus Rashford, yang berjaya melepasi perangkap ofsaid.

Rashford melakukan penyudah tenang untuk menjadikan kedudukan 2-1 pada minit ke-66.

9 minit kemudian Marcus Rashford yang menyempurnakan hantaran mudah daripada Eriksen. Bekas pemain Spurs itu menunjukkan sikap tak tamaknya dalam situasi 2 lawan 1.

Manchester United memiliki beberapa peluang lagi selepas itu namun tiada tambahan gol dilakukan.

Tamat perlawanan, Man United 3 Arsenal 1. Rekod kemenangan 100% Arsenal terbenam di Old Trafford.