Manchester United tidak menghadapi sebarang masalah ketika aksi Rose Derby berhadapan dengan Leeds United. Di mana mereka membelasah pasukan bimbingan Marcelo Bielsa dengan skor 6-2.

Lebih mengujakan apabila United akhirnya menang selesa di Old Trafford. Sebelum ini Ole Gunnar Solskjaer meminta para pemainnya untuk mulai mencipta kemenangan di gelanggang sendiri dan bukan hanya cemerlang di tempat lawan.

The Red Devils menjaringkan 2 gol dalam masa 5 minit pertama perlawanan.

Dua gol awal itu adalah daripada Scott McTominay hasil bantuan gol oleh Bruno Fernandes dan Anthony Martial.

mctominay united

Pada minit ke-20, giliran Fernandes pula meletakkan dirinya dalam senarai penjaring untuk menjadikan kedudukan 3-0. Marcelo Bielsa terkedu melihat prestasi luar biasa Syaitan Merah di atas padang.

Keadaan menjadi lebih parah buat Leeds apabila bolos buat kali keempat menerusi gol mudah oleh Victor Lindelof pada minit ke-37 hasil umpanan Anthony Martial.

De Gea akhirnya tewas menerusi percubaan olehΒ  Liam Cooper, 4 minit sebelum rehat.

Bersambung babak kedua, Manchester United sekali lagi hampir menjaringkang gol seawal dua minit perlawanan baru disambung.

Namun malang sekali Martial gagal menyempurnakan peluang keemasan pasukannya.

Pada minit ke-66, giliran Daniel James pula menewaskan Illian Meslier. James merupakan pemain yang pernah dikaitkan dengan Leeds sebelum ini.

4 minit kemudian Man United menjadikan papan skor 6-1 menerusi penalti Bruno Fernandes. Selepas Martial dijatuhkan di dalam kotak penalti.

Pemain bintang dari Portugal itu tidak ada sebarang masalah untuk menyumbat penalti tersebut.

Stuart Dallas menjaringkan satu lagi gol saguhati pada minit ke-73. United memiliki beberapa peluang lagi yang tidak dapat mereka sempurnakan.

Namun skuad Ole wajar dipuji dengan persembahan luar biasa dalam derbi panas ini.

Eps8ZZbWwAULyrJ

United berada dalam 3 teratas selepas kemenangan ini dengan 1 perlawanan di dalam tangan.

Dengan beberapa pasukan keciciran mata, Man United kini berada dalam persaingan kejuaraan liga.

Baca juga perkembangan lain

EPL: Liverpool ‘Juara’ Natal Sekali Lagi Selepas Belasah Palace 7-0

La Liga: Barcelona Keciciran Mata Lagi, Koeman Pertahan Taktikalnya & Salahkan Tumpuan Pemainnya

Arteta Anggap Arsenal Kalah Sebab Tak Ada ‘Nasib’ Selepas Bermain Bagus & Mencipta Banyak Peluang