Bandar Manchester berwarna biru pada hari ini selepas Man City menewaskan Man United di Old Trafford. Ini merupakan kekalahan kedua berturut turut United di Old Trafford dalam aksi liga selepas dibelasah Liverpool 0-5.

Ini bermakna sudah dua perlawanan derbi, Ole gagal memberikan kemenangan kepada peminat Man United. Sebelum ini derbi antara bandar menentang Liverpool dalam Derbi Barat Laut.

Kali ini derbi sebandar menentang pasukan yang mereka label.jiran bising mereka Man City.

Skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer sekali lagi turun dengan formasi back 3. Selepas kejayaan menewaskan Spurs 3-0 sebelum ini.

City menguasai perlawanan dari awal. Dan akhirnya mendapat gol menerusi gol sendiri oleh Eric Bailly. Ianya berpunca daripada hantaran lintang rendah Cancelo yang dipintas oleh Bailly dan terus masuk.

Man United agak lambat memberikan respon dalam perlawanan ini. Di mana mereka terus membenarkan Manchester City bermain dominan.

United akhirnya mendapat peluang keemasan menerusi Cristiano Ronaldo. Di mana Ronaldo menerima hantaran lintang Shaw dan merembat deras dengan voli. Namun Ederson melakukan save yang sangat cantik pada minit ke-26.

Tidak lama kemud8an, Foden pula menguji De Gea. Dengan percubaan jarak dekat. Namun De Gea melakukan save kelas dunia menafikannya.

City datang lagi pada minit ke-33 namun Lindelof menafikan peluang itu.

City mendapat beberapa lagi peluang gol. Namun tidak dapat disudahkan. Akhirnya mereka berjaya menambah gol kedua menerusi Bernardo Silva pada lewat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Man United bermain dengan lebih ofensif. Namun City tetap berjaya menguasai perlawanan dengan dominan sekali lagi selepas 10 minit.

Ole memasukkan Jadon Sancho dan mengeluarkan Eric Bailly untuk perubahan taktikal.

City memilih untuk tidak terlalu agresif dan fokus kepada penguasaan bola. United tetap gagal untuk menghukum lawan mereka itu.

Foden hampir menambah gol ketiga untuk City. Tetapi percubaannya yeekena palang.

Cerita pada akhir babak kedua lebih kepada cerita pemain United mengejar bola sepanjang 45 minit dan Man City menikmati penguasaan yang tinggi.

Tamat perlawanan Manchester United 0 Manchester City 2.