Frank Lampard kini dalam tekanan selepas gagal mencatat kemenangan dalam perlawanan penting sekali lagi.

Dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada hujung minggu, Chelsea tunduk kepada Manchester City 1-3.

Chelsea menamatkan separuh masa pertama dengan cara yang agak parah. Di mana mereka melepaskan 3 gol pada separuh masa pertama.

Perlawanan pada awalnya bermula dengan sengit daripada kedua dua pasukan.

Manchester City bagaimanapun di hadapan menerusi Ilkay Gudongan pada minit ke-18. Zinchenko mencetuskan gerakan penting dan menghantar kepada Foden.

Foden kemudian menghantar tepat kepada Gundongan yang menyudahhkan bola tersebut.

Belum pun sempat Chelsea memberikan respon, City menambah gol kedua menerusi Phil Foden.

Dan malam Chelsea dikira berakhir dengan gol ketiga oleh pemain yang bermain peranan ‘False 9’ – Kevin De Bruye pada minit ke-34 perlawanan.

Chelsea memperbaiki rentak mereka pada separuh masa kedua. Manchester City pula agak menurun tempo mereka pada babak kedua.

Walaupun lebih baik pada separuh masa kedua, namun Chelsea terus bergelut dengan kualiti di hadapan gol. Di mana sepanjang perlawanan mereka hanya melakukan 2 percubaan tepat.

Chelsea hanya mendapat gol saguhati pada masa kecederaan menerusi pemain gantian Callum Hudson-Odoi. Pengadil kemudian meniup wisel penamat selepas gol tersebu.

City mengesahkan kemenangan mereka dari tempat lawan. Chelsea pula terpaksa menelan kekalahan kesembilan mereka musim ini.

Lampard sedar pasukannya kini dalam krisis prestasi. Hanya menang sekali daripada 6 perlawanan terakhir mereka.

Chelsea selepas ini akan berdepan dengan Morecambe dalam aksi Piala FA dan kemudian derbi bertemu Fulham.

Baca juga perkembangan lain

Wenger: Enigma Seorang Idealis, Zon 14 Dan Highury

EPL: Arsenal Mudah Ratah West Brom, Pasukan Big Sam Bolos 9 Kali Dalam Dua Perlawanan Terakhir

EPL: Penalti Fernandes Tewaskan Villa Dan Ikat Liverpool Di Puncak Liga