Manchester City mempersiakan peluang untuk mengesahkan kejuaraan lebih awal. Ini kerana secara matematik, jika City menang mereka memiliki jurang perbezaan jaringan yang sangat besar berbanding Liverpool.

Dalam aksi di Stadium Olimpik London, West Ham mendahului dua gol pada separuh masa pertama. Yang memaksa Man City berhempas pulas mengejar dua gol tersebut.

Riyad Mahrez turut gagal menjadi wira pasukannya pada minit akhir perlawanan.

Pada minit ke-24 Jared Bowen menggelecek beberapa pemain sebelum menewaskan Ederson untuk meletakkan West Ham 1 gol di hadapan.

Man City mendominasi perlawanan. Namun penyudah mereka agak tumpul.

Sebaliknya West Ham pula menambah gol menerusi Jarred Bowen sekali lagi.

Antonio mempersiakan peluang keemasan ketika pemain City membuat kesilapan menghantar bola ke belakang. Antonio gagal menewaskan Ederson.

Ketinggalan dua gol pada separuh masa pertama membuatkan Pep Guardiola meningkatkan lagi intensiti permainan City serta merta bermula daripada wisel permulaan separuh masa kedua.

Man City berjaya merapatkan jurang gol menerusi gol pertama mereka hanya selepas 4 minit perlawanan bersambung.

Manchester kemudian menyerang bertali arus ke gawang West Ham. Dan mereka menyamakan kedudukan pada minit ke-69. Sepakan percuma Riyad Mahrez telah ditampan masuk oleh pemain West Ham sendiri iaitu Coufal dalam usahanya mahu mengeluarkan bola.

Pada minit ke-85 Gabriel Jesus dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Dawson. Pengadil menyemak VAR untuk kepastian. Dan penalti diberikan.

Malangnya Riyad Mahrez gagal menewaskan Lukasz Fabianski. Di mana sepakannya diselamatkan oleh bekas penjaga gol Arsenal itu.

Tiada tambahan gol dibuat selepas itu. Perlawanan berakhir seri 2-2. Manchester City hanya 4 mata di atas Liverpool.

Skuad bimbingan Jurgen Klopp akan turun pada pertengahan minggu. Dan boleh merapatkan kedudukan kembali kepada 1 mata di belakang.

Steven Gerrard berpeluang membantu bekas kelabnya untuk menjuarai EPL jika pasukannya berjaya mencuri sebarang mata dari City di Etihad dan Liverpool menang dalam satu lagi aksi.

Namun jika Liverpool tewas di tangan Southampton, Manchester City akan dinobatkan juara EPL musim 2021/22.