Manchester United gagal memanfaatkan peluang untuk memintas Man City sekali lagi – selepas dikalahkan oleh Sheffield United dalam aksi yang berlangsung di Old Trafford.

Ini merupakan hanya kemenangan kedua Sheffield United musim ini dalam saingan Liga Perdaana Inggeris.

Manchester United bermula dengan sangat baik. Di mana mereka dengan segera menguasai tempo permainan. Paul Pogba menjadi watak penting dalam mencorakkan serangan Man United.

Pogba hampir sahaja mencipta assist cantik kepada Bruno Fernabdes pada separuh masa pertama.

Sheffield bergantung sepenuhnya kepada sistem serangan balas. Di mana mereka beberapa kali menyerang balas dengan cantik, namun hilang bola di saat akhir.

Namun tidak disangka sangka Sheffield di hadapan pada minit ke-23 menerusi bekas graduan Man City – Kean Bryan yang menyempurnakan sepakan penjuru John Fleck.

United cuba memberikan respon segera namun mereka sangat tumpul di hadapan gol.

Pada separuh masa kedua, pada minit ke-64, Harry Maguire berjaya menyamakan kedudukan setelah beliau menanduk sepakan penjuru Alex Telles.

Man United terus bergelut dengan produk akhir. Sepanjang perlawanan mereka hanya melakukan 4 percubaan tepat daripada 16 keseluruhannya.

United sekali lagi dikejutkan oleh lawan. Kali ini berpunca daripada sikap sambil lewa mereka sendiri yang tidah mengeluarkan bola kemas ataupun membina serangan dengan kemas daripada De Gea.

Dalam keadaan panik, Sheffield memenangi semula bola dan melakukan beberapa hantaran.Β  Seterusnya Oliver Burke melepaskan rembatan yang terkena Axel Tuanzebe dan masuk.

United tidak dapat membalas jaringan tersebut. Dan skor kekal 1-2 memihak pelawat.

Baca juga perkembangan lain

EPL: Debut Tuchel Berakhir Seri

Coppa Italia: Inter Singkir AC Milan, Zlatan Kad Merah, Eriksen Skor Minit 90+7

Arteta Mahu Balas Dendam Ke Atas Southampton