Liverpool terpaksa berkongsi mata dengan Manchester United di Anfield, selepas kedua dua pasukan menamatkan saingan 90 minit dengan seri tanpa jaringan.

Aksi Liverpool dan Man United sememangnya menjadi perhatian seluruh dunia. Namun jelas ia bukan keputusan yang diinginkan peminat kedua dua pasukan apabila tiada gol dijaringkan.

Jurgen Klopp sekali lagi menurunkan Jordan Henderson di bek tengah bersama dengan Fabinho.

Ole Gunnar Solskjaer memiliki skuad yang lebih cergas dan lebih banyak pilihan.

Sebaik sahaja bermula skuad Jurgen Klopp mendominasi perlawanan. Memaksa Man United bertahan. Namun Liverpool bergelut untuk mencipta peluang keemasan.

Bek berempat Man United sangat kental bertahan. Mereka tidak menekan lawan sebaliknya menyerap asakan lawan. Dan cuba melakukan serangan balas.

Minit ke-34, Fernandes mendapat peluang terbaiknya menerusi sepakan percuma. Namun percubaan beliau tak tepat. Sejurus selepas itu, Firmino memiliki peluang keemasan namun percubaan beliau terlalu lemah.

Pada separuh masa kedua Mohamed Salah memiliki peluang keemasan namun leretannya terbias pada Maguire.

Lindelof kemudian menghadang umpanan silang oleh Trent Alexander Arnold daripada sampai ke kaki Gini Wijnaldum.

Thiago Alcantara menguji David De Gea dengan rembatan deras dari luar kotak penalti. De Gea menepisnya dengan cemerlang.

Man United memiliki peluang keemasan pada minit ke-74 apabila Bruno Fernandes menerima bola dari dalam kotak penalti. Tetapi dihadang kaki Alisson.

Tidak lama kemudian Pogba melakukan percubaan jarak dekat. Sekali lagi Alisson memastikan bola selamat.

Rashford memiliki peluang di hadapan gol, namun Alisson sekali lagi menafikannya, pengadil menyatakan Rashford ofsaid terlebih dahulu.

Rashford dan Cavani melakukan serangan balas. Malang sekali Rashford tidak melepaskan bola awal kepada Cavani dan peluang keemasan dipersiakan.

Perlawanan berakhir 0-0. Man United mengekalkan jarak 3 mata daripada Liverpool. Man United juga terus kekal di tangga teratas.

Skuad Jurgen Klopp kini sudah 4 perlawanan gagal menang dalam liga.

Ini pertama kali Liverpool gagal skor di Anfield selepas 42 perlawanan. Dan uniknya, ini juga pertama kali United gagal skor di gelanggang lawan selepas 15 peralwanan di tempat lawan.

Baca juga perkembangan lain

North West Derby: Permusuhan Yang Bermula Dari Terusan Kapal Manchester

Salah Mahu Liverpool Kembali Ke Landasan Yang Betul

Klopp Nafi Tiru Sir Alex Ferguson