Manchester United menjamu kunjungan Chelsea dalam aksi di Old Trafford.

Manchester United sedar bahawa hanya kemenangan yang mereka perlukan untuk memastikan mereka tidak tercicir daripada UCL musim hadapan, lebih lebih lagi adanya bintang besar seperti Ronaldo di dalam pasukan.

Chelsea tampil dengan aksi dominan di kedua dua babak permainan.

Manchester United cuba bermain dengan serangan balas. Namun mereka tidak memiliki bola yang cukup untuk melakukannya.

Reece James menjadi ancaman terbesar United. Beliau berterusan melakukan larian bertenaga dan menyusahkan Alex Telles sepanjang malam.

Walaupun dominan, Cheslea kesulitan untuk menembusi gawang United. Bukan kerana Red Devils bertahan terlalu kental. Sebaliknya kerana kecekapan David De Gea.

Pada separuh masa kedua, Chelsea mengekalkan rentak yang sama. Dan hasilnya mereka berjaya juga akhirnya menembusi gawang Man United.

Umpanan daripada Kai Havertz berjaya disambar oleh Marcos Alonso pada minit ke-60.

Malang buat Chelsea kerana gol itu bertahan hanya kira kira 90 saat. Ini selepas Cristiano Ronaldo meledak lagi. Ianya berpunca daripada flick oleh Nemanja Matic.

Kedua dua pasukan gagal menambah gol dalam baki perlawanan yang ada. Man United 1 Chelsea 1.

Keputusan seri ini meletakkan United secara matematiknya agak sukar untuk ke UCL musim hadapan. Di mana mereka 5 mata di belakang Arsenal di tempat keempat dengan United bermainΒ  lebih 2 perlawanan daripada The Gunners.

United pasti berharap mereka akan dapat menyusup masuk dengan mengharapkan pasukan lain dapat membantu mereka.

Pada kedudukan mereka sekarang, United malah masih belum selamat daripada kedudukan ke UEL musim hadapan.