Manchester United memulakan kempen musim ini dengan secemerlang yang mungkin.

Beraksi di hadapan penyokong penuh stadium, Man United memulakan hari mereka dengan memperkenalkan Raphael Varane sebagai pemain baharu mereka. Varane tidak terlibat dalam aksi kali ini.

Jadon Sancho diletakkan di bangku simpanan dengan Daniel James diberikan tempat dalam kesebelasan utama.

Man United dan Leeds memulakan perlawanan dengan tempo seimbang. Kedua dua pasukan melakukan beberapa siri ancaman namun tidak cukup bahaya.

Manchester United akhirnya di hadapan pada minit ke-30 menerusi Bruno Fernandes selepas menerima hantaran cantik daripada sentuhan pertama oleh Pogba.

Bruno mearaikan gol kompetitif yang pertama di hadapan penyokong United di Old Traffrod.

Bersambung babak kedua, Leeds menyamakan kedudukan menerusi Luke Ayling pada minit ke-49.

Namun gol itu tak bertaha lama, kerana pada minit ke-52, Mason Greenwood meletakkan United di hadapan sekali lagi, dan Pogba menjadi arkitek gol tersebut.

Pada minit ke-54, Paul Pogba melakukan hatrik assistnya apabila membantu mencipta peluang untuk Bruno Fernandes.

Pengadil mengesahkan bola melepasi garisan gol menerusi teknologi garisan gol.

Tidak lama kemudian, Bruno Fernandes mengesahkan hatriknya. Lindelof melakukan hantaran dari belakang yang disambut dengan sempurna oleh Bruno Fernandes – menewaskan perangkap ofsaid.

Pada minit ke-68, Pogba terus cemerlang untuk assist keempat beliau. Kali ini peluang yang diciptanya disempurnakan oleh Fred.

Pogba dikeluarkan dan diberikan sorakan meriah di Old Trafford. Pogba dan Daniel James digantikan oleh Martial dan Jadon Sancho yang membuat debutnya untuk Red Devils.

Baca juga artikel

EPL: Sang Lebah Sengat Arsenal Pada Hari Pembukaan Dan Debut EPL Selepas 74 Tahun

TERKINI: Tak Putus Asa, Manchester City Sedia Beli Kane Dengan Nilai €150 Juta

RASMI: Lukaku Gembira Kembali Ke Kelab Yang Disokongnya Dari Kecil