Manchester City dikejutkan oleh Crystal Palace dalam aksi yang berlangsung di Etihad.

City mencatatkan 14 percubaan dan hanya 3 percubaan tepat. Jumlah percubaan tepat Palace sama dengan City namun 2 daripadanya adalah sempurna dan gol.

Skuad Pep Guardiola ketinggalan seawal minit ke-6 menerusi gol cantik Wilfried Zaha selepas kesilapan pertahanan mereka.

Zaha menjadi masalah utama City dalam perlawanan ini. Dan beberapa kali Zaha terlibat insiden dengan pemain pemain City.

Pada masa kecederaan separuh masa pertama, Aymeric Laporte dibuang padang selepas menjatuhkan Zaha ketika dalam situasi dia adalah pertahanan akhir.

Kekasaran yang mirip dengan apa yang dilakukan Jonny Evans ke atas Aubameyang dalam aksi lebih awal hari ini. Namun Evans terlepas kad merah.

City cuba bangkit pada separuh masa kedua dengan 10 pemain. Namun ternyata skuad bimbingan Patrick Vieira kali ini tidak mahu pisang berbuah dua kali seperti di Emirates.

Di mana ketika itu mereka melepaskan 3 mata pada saat akhir.

Palace lebih fokus dalam bertahan. Dan pada minit ke-88 giliran pemain yang terus meningkat naik iaitu Conor Gallagher menambah gol buat pasukan pelawat.

Tamat perlawanan, Man City 0 Crystal Palace 2. Ini adalah kekalahan kedua Man City pada musim ini selepas 10 perlawanan.