Liverpool berjaya menang bergaya di Vicarage Road. Hari lebih manis apabila 3 serangkai di serangan Liverpool mencetak gol dan melakukan assist antara mereka.

Liverpool bermula dengan sangat baik apabila Sadio Mane menjaringkan gol pembukaan minit ke-9.

Mohamed Salah melakukan salah satu assist elegan dalam kariernya ketika membantu Mane mencetak  gol EPL ke-100 beliau. Hanya sebulan selepas Salah mencetak angka yang sama.

Mane menjadi pemain ketiga menjaringkan 100 gol tanpa sebarang penalti dalam proses tersebut selepas Les Ferdinand dan Emile Heskey.

Watford bermain teruk sekali dalam perlawanan ini. Tetapi Liverpool tidak lebih kejam pada separuh masa pertama.

Naby Keita hampir menambah gol, namun percubaannya terbias pada kaki pertahanan.

Liverpool akhirnya menambah gol sebelum rehat, menerusi Roberto Firmino pada minit ke-37. Satu assist kemas daripada Milner yang meleretkan bola melintang kepada Firmino.

Separuh masa pertama berakhir dengan 0-2 memihak pelawat.

Pada separuh masa kedua, Watford melakukan beberapa pertukaran. Namun Liverpool tetap unggul, malah lebih dominan.

Roberto Firmino menambah gol peribadinya pada minit ke-52. Untuk menjadikan kedudukan 3-0.

Selang dua minit kemudian, Mohamed Salah akhirnya meletakkan dirinya sebagai penjaring gol. Satu gerakan lincah daripada Mo Salah yang menewaskan Ben Forster.

Trent Alexander Arnold mencemaskan tuan rumah dengan merembat dari luar kotak penalti. Bola terbias pada kaki pertahanan. Dan melantun hanya sedikit tersasar.

Kemudian giliran Sadio Mane mendapat peluang kemasan sekali lagi. Selepas Watford melakukan kesilapan di garisan bawah.

Malangnya rembatan Mane tersasar dalam keadaan 1 lawan 1.

Watford akhirnya memiliki peluang gol mereka menerusi Cucho Hernandez. Tetapi tidak disempurnakan.

Ismaila Sarr kemudian melakukan rembatan deras yang terkena tiang, selepas kelekaan pertahan Liverpool.

Ketika aksi kelihatan bakal berakhir 4-0, Roberto Firmino menjaringkan hatrik sebelum wisel penamat. Kredit kepada Neco Williams yang licik menewaskan pertahanan dan melorongkan kepada Firmino.

Tamat perlawanan, Watford 0 Liverpool 5.