Liverpool mengekalkan permulaan yang sempurna dalam Liga Perdana Inggeris 2020/2021. Liverpool sekali lagi mendapat 3 mata dengan kemenangan 3-1 ke atas Arsenal.

Ini adalah perlawanan kedua musim ini Liverpool berdepan dengan lawan dari kalangan big six dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Tiga gol kemenangan Liverpool disumbangkan oleh Sadio Mane, Andrew Robertson dan Diogo Jota. Manakala gol Arsenal dijaringkan oleh Alexandre Lacazette.

Seperti dijangka, Liverpool tampil lebih agresif pada awal babak pertama. Sadio Mane menjadi arkitek beberapa gerakan Liverpool.

Van Dijk memiliki peluang, namun beliau memilih untuk menanduk bola mencari rakannya. Bola itu dipintas oleh David Luiz.

Di kala Liverpool rancak menyerang, mereka dikejutkan dengan kesilapan pertahanan yang membawa kepada gol Arsenal.

Skrip serupa sepertimana sebelum ini di mana Arsenal menjaringkan gol dengan percubaan tepat pertama – memanfaatkan kesilapan pertahanan Liverpool.

Lacazette mengambil kesempatan daripada kesilapan Robertson, dan menewaskan Alisson pada minit ke-25.

Pendahuluan Arsenal tidak bertahan lama. Tiga minit kemudian, Liverpool dapat menyamakan kedudukan. Mohamed Salah menysusp masuk ke dalam kotak penalti Arsenal.

Beliau kemudian merembat tepat ke gawang tetapi ditepis Leno. Bola itu tiba di depan Mane yang mudah menolaknya.

sadio mane

Enam minit berselang, Liverpool pula di hadapan. Andy Robertson menebus kesilapannya dengan gol kedua pasukannya pada minit ke-34.

Ianya dicetuskan oleh hantaran silang Alexander-Arnold. Robertson meluru dari belakang dan menyempurnakannya dengan tenang.

Selepas itu Liverpool memiliki beberapa peluang lagi namun gagal disudahkan.

Separuh masa kedua, Arsenal memberikan Liverpool tekanan. Dua kali Alexander Lacazette meloloskan diri daripada perangkap ofsaid.

Namun sayangnya penyerang Perancis itu terlalu kasual pada percubaan pertama yang ditepis Alisson.

Dan pada percubaan kedua, Lacazette kehilanggan sudut selesa dan berjaya ditutup oleh Alisson.

Itulah sebabnya Lacazette benar benar sugul ketika dikeluarkan.

EjB8W0NXYAEO2Ib

Walaupun Liverpool terus dominan namun serangan balas Arsenal dilihat boleh menjadi ancaman kepada Liverpool.

Dan sehinggalah pada minit ke-88, pemain gantian yang membuat debut di Anfield, Diogo Jota menjaringkan gol ketiga Liverpool.

Gol ini berpunca dari hantaran Arnold yang gagal dikeluarkan dengan bersih oleh Luiz. Bola singgah di depan Jota dan pemain itu merembat masuk ke gawang Arsenal.

Liverpool menang 3-1 ke atas Arsenal.

Baca juga perkembangan lain

Rodri Perlekeh Kemenangan Leicester: “Mereka Tak Main Bagus Mana Pun, Cuma Bernasib Baik”

Video: Lonjakan Luar Biasa Ronaldo Selamatkan Juventus Daripada Kekalahan

EPL: Manchester City Dikerjakan Leicester Di Etihad, Lihat Flick Cantik Dan Hatrik Vardy

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group