Liverpool mencatatkan malam suram di Anfield sekali lagi. Dan sekali lagi di tangan pasukan bawahan carta.

Liverpool turun dalam misi merapatkan jurang mata dengan Manchester United dan Manchester City.

Namun ternyata aura Liverpool musim lalu tidak begitu kelihatan pada musim ini.

Liverpool bergelut sepanjang perlawanan untuk memecahkan pertahanan lawan.

Sebaliknya pasukan pelawat yang mencipta lebih banyak percubaan tepat pada separuh masa pertama.

Antaranya aksi gerakan lincah Maupay yang memperdaya beberapa pertahanan Liverpoool dan melorongkan bola kepada Dan Burns. Malang sekali percubaan Burn tersasar.

Selepas separuh masa pertama yang hambar, Liverpool tersentak dengan gol oleh Brighton pada minit ke-56. Berpunca daripada suasana pergelutan di hadapan gol.

Dan Burn menanduk bola dari byline dan Nat Phillip gagal mengeluarkan bola. Brighton mendapat gol yang dihadiahkan kepada Alzate.

Sebelum itu Mohamed Salah memiliki peluang untuk menjaringkan gol tetapi dipersiakan.

Jurgen Klopp memasukkan Oxlade Chmaberlain dan Divock Origi. Brighton kemudian memutuskan untuk bertahan secara berpasukan.

Tiada ruang untuk Liverpool untuk memecah masuk kawasan mereka.

Dan tamat peralawanan Brighton berjaya menang pertama kali di Anfield sejak 1982.

Lebih penting ianya kemenangan kedua Brighton ke atas pasukan big six dalam usaha mereka menaiki carta liga, dan menjauhkan diri daripada zon penyingkiran.

Ini adalah pertama kali Liverpool kalah dua perlawana berturut turut di Anfield sejak 2012. Serta pertama kalinya Liverpool gagal skor dalam 3 perlawanan terakhir di Anfield sejak 1984.

Kekalahan ini membuatkan prospek untuk mempertahankan kejuaraan liga oleh Liverpool agak sukar.

Baca juga perkembangan lain

EPL: Man United Berpesta 9 Gol Tanpa Balas

EPL: Beraksi 9 Pemain, Arsenal Ditumpaskan Wolves

Sergio Ramos Mahu Ke Manchester United