Juara bertahan, Liverpool kini berada di puncak liga untuk minggu ini. Ianya selepas pasukan bimbingan Jurgen Klopp membantai Crystal Palace 7-0.

Ini adalah perlawanan pertama Klopp selepas menerima Anugerah Pengurus Terbaik Dunia FIFA Best buat kali kedua berturut-turut.

Liverpool mendahului seawal mini ketiga menerusi gol Takumi Minamino yang menerima hantaran Sadio Mane.

Pada minit ke-36, giliran Sadio Mane pula menembusi gawang Palace selepas menerima hantaran daripada penjaring gol kemenangan ke atas Spurs – Roberto Firmino.

Mane kini menjaringkan gol dalam kesemua tujuh pertembungan terakhir beliau berdepan dengan Palace.

Seminit sebelum wisel rehat, giliran Firmino pula membunuh perlawanan dengan gol ketiga. Kredit kepadaΒ Andrew Robertson yang mencipta peluang kepada penggempur Brazil itu.

Bersambung separuh masa kedua, Liverpool terus mendominasi perlawanan dengan gol keempat oleh Jordan Henderson.

Sadio Mane dikeluarkan selepas itu. Dan beliau jelas tak gembira dengan keputusan Klopp.

Tidak terhenti di situ, Firmino memastikan Liverpool mendapat gol kelima pada minit ke-68.

Pemain gantian, Mohamed Salah menjaringkan gol keenam The Reds pada minit ke-81.

Selang 3 minit kemudian, Salah menghukum pertahanan tuan rumah sekali lagi dengan gol ketujuh Liverpool.

Liverpool mencipta rekod unik dengan 7 pemain berbeza melakukan assist kepada setiap gol mereka malam ini.

DanΒ  kemenangan ini juga mengesahkan status Liverpool sebagai juara Natal pada musim ini.

Baca juga perkembangan lain

EPL: Blunder Ngeri Henderson Hiasi Kemenangan United, Ini Komen Solskjaer

FIFA Best 2020: Lewandowski Singkir Messi Dan Ronaldo

TERKINI: FA Dapati Cavani Bersalah Atas Status IG Berbaur Rasis