Liverpool kini hanya dibezakan satu mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City.

Diogo Jota dan Roberto Firmino menginspirasikan kemenangan penting 2-0 Liverpool menentang Arsenal di Emirates.

Skuad kendalian Jurgen Klopp memanfaatkan keadaan dengan sebaiknya selepas keputusan seri tanpa jaringan Manchester City menentang Crystal Palace pada hari Isnin.

Arsenal melakukan beberapa tekanan berterusan yang boleh menghasilkan gol pembukaan dengan mudah, tetapi Alisson Becker melakukan penyelamatan hebat untuk menafikan Martin Odegaard.

Pada separuh masa kedua Liverpool memanfaatkan peluang yang mereka miliki untuk mencuri 3 mata dari Emirates.

Untuk merapati Man City daripada jarak 14 mata kepada hanya 1 mata, Liverpool telah memenangi sembilan perlawanan liga berturut-turut, menjaringkan 23 gol dan hanya bolos dua kali.

Setelah ketinggalan 14 mata di belakang City pada 15 Januari, Liverpool telah mengejar juara bertahan dengan mengagumkan, dan kini meletakkan persaingan kejuaraan di tangan mereka sendiri.

Kemenangan menentang Watford dalam perlawanan liga seterusnya pada 2 April akan menjanjikan pentas pertembungan blockbuster dengan pasukan Pep Guardiola di Stadium Etihad pada 10 April.

Liverpool memiliki segala pengalaman dan kualiti yang diperlukan untuk menewaskan pasukan Arsenal dalam prestasi yang cemerlang. Di mana The Gunners telah memenangi lima perlawanan liga sebelum ini untuk naik ke tempat keempat.

Tidak hairanlah Klopp dan pemainnya meraikan kemenangan itu dengan begitu girang sekali selepas wisel penamat.

Klopp sebelum ini memberikan kepada cabaran kepada City dengan berjanji akan membuatkan Man City meluat dengan mereka yang terus mengejar.

Dalam aksi berdepan Arsenal, Mohamed Salah bermula di bangku simpanan selepas mengalami kecederaan kaki dalam kemenangan Sabtu di Brighton.

Liverpool sebelum ini telah menyingkirkan Arsenal daripada separuh akhir Piala Liga pada Januari dan bergelar juara piala tersebut,

Selepas beberapa tahun dalam kesulitan, Arsenal semakin bangkit dan keadaan di Emirates pada musim ini kembali bernyawa dengan Mikel Arteta berjaya membawa pasukan mudanya untuk terus bersaing 4 teratas.

Gabriel Martinelli menjadi masalah utama Liverpool. Dia mencipta peluang terbaik perlawanan dengan hantaran melepasi Alisson namun dikeluarkan Robertson.

Walaupun ditekan Arsenal untuk tempoh agak lama separuh masa pertama, namun anak anak buah Klopp hampir mendahului dengan serangan pantas. Hantaran Alexander-Arnold berjaya memecah belahkan pertahanan Arsenal, namun Mane gagal menyempurnakan peluangnya.

Arsenal sepatutnya berada di hadapan apabila pemain Liverpool Thiago Alcantara menghadiahkan bola dengan hantaran ke belakang terus kepada Alexandre Lacazette pada awal separuh masa kedua.

Lacazette memberikan umpanan kepada Odegaard tetapi Alisson menghalang percubaan jarak dekat pemain Denmark itu dengan penyelamatan yang menakjubkan.

Itu adalah titik perubahan apabila, beberapa saat kemudian, Liverpool menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-54.

Hantaran tepat Thiago dari belakang melepasi Cedric Soares, tepat ke arah Jota yang terus memecut ke kawasan gol Arsenal. Rembatan rendah penyerang Portugal itu sepatutnya diselamatkan oleh Ramsdale, namun dia tertewas di near post.

Jota kemudian dikeluarkan dan Klopp memasukkan Roberto Firmino.

Liverpool sekali lagi menambah gol menerusi pemain gantian, Roberto Firmino pada minit ke-62. Kredit kepada usaha Robertson yang berkerja keras untuk memenangi semula bola dengan high pressing.

Keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan.