Liverpool melayan kunjungan Liverpool dalam aksi tumpuan Liga Perdana Inggeris.

Liverpool bermula dengan sangat baik dalam perlawanan ini. Namun tidak banyak mencipta peluang gol.

Selepas minit ke-20, Man City mulai meningkatkan dominasi mereka.

Dan sepanjang 15 minit terakhir separuh masa pertama, Man City mencipta peluang demi peluang.

James Milner bernasib baik kerana tidak memberikan penalti kepada bekas kelab lamanya. Ini selepas dia menolak Phil Foden dalam kotak penalti.

De Bruyne memiliki peluang keemasan dengan tandukan jarak dekat namun tidak tepat.

Separuh masa pertama Liverpool menamatkan babak dengan agak teruk dan tanpa sebarang percubaan tepat.

Pada separuh masa kedua, Liverpool memperbaiki rentak permainan. Liverpool akhirnya mendapat on target pertama menerusi Diogo Jota, namun percubaannya tepat ke arah Ederson.

Sadio Mane kemudian meletakkan Liverpool di hadapan selepas menerima hantaran lolos daripada Mohamed Salah.

Mane dengan mudah menyempurnakannya pada minit ke-59.

10 minit kemudian, pemain terbaik dalam perlawanan ini, Phil Foden akhirnya mendapatkan gol penyamaan untuk City menewaskan Alisson dengan leretan menyilang.

Pep Guardiola kemudian dilayangkan kad kuning kerana mempersoalkan kenapa James Milner tidak dibuang padang selepas mengasari Foden.

Liverpool kemudian di hadapan sekali lagi. Siapa lagi kalau bukan Mohamed Salah.

Salah menerima bola daripada Jones, menggunakan kelicikannya menukar arah bola dan merembat dengan kaki kanannya.

Malangnya gol itu hanya bertahan 5 minit. Kerana De Bruyne menyamakan kedudukan dengan lencongan yang terbias pada Matip.

Fabinho mendapat peluang keemasan selepas Ederson tersilap baca bola. Tetapi Rodri cemerlang melakukan hadangan berkelas dunia.

Tamat perlawanan, Liverpool 2 Man City 2.

Selepas tamat perlawanan kedua dua pasukan saling memberikan penghormatan kepada lawan mereka selepas aksi yang sangat taktikal di atas padang.