Liverpool berjaya membangkitkan semula harapan mereka untuk ke UCL musim hadapan selepas kemenangan bergaya di Old Trafford berhadapan dengan musuh tradisi mereka Manchester United.

Liverpool menang 4-2 dalam aksi derbi barat laut yang menhiburkan. Namun sebelum itu, berlaku insiden panas di mana penyokong United melakukan protes ke atas Glazers sekali lagi. Bas yang membawa pasukan Liverpool turut dihadang.

Mujur perlawanan kali ini dapat diteruskan selepas ditangguhkan sebelum ini.

Manchester United terlebih dahulu di hadapan apabila rembatan Bruno Fernandes terbias pada Nat Phillips.

Liverpool meminta dua penalti, menerusi handball oleh Bailly dan juga bentesan Bailly ke atas Phillips. Namun kedua duanya tidak dapat.

Liverpool bagaimanapun tampil dengan aksi lebih baik. Man United terleka dan membenarkan Diogo Jota menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-34.

United kemudian dikejutkan dengan pertahanan yang lemah sekali lagi, memebenarkan Roberto Firmino menanduk masuk sepakan percuma Trent Alexander Arnold. Paul Pogba tergelincir ketika mengawal pemain Brazil tersebut.

Pada awal separuh masa kedua, pasukan pelawat menambah satu lagi gol, sekali lagi menerusi Firmino. Dan Liverpool kelihatan dapat membunuh perlawanan ini, dengan pressing dan aksi bertenaga mereka.

Namun sebaliknya berlaku. United membuat pertukaran dan menukar posisi Pogba kembali ke posisi no.6. Kesannya United bermain lebih baik. Dan mereka mendapat gol kedua menerusi Marcos Rashford ketika aksi berbaki 20 minit.

Gol itu mencemaskan penyokong Liverpool yang sedar, sebarang keputusan seri atau kalah, impian mereka ke UCL musim hadapan menjadi sangat sukar.

Man United mencipta beberapa peluang lagi. Namun mereka bolos sekali lagi. Matip yang terlalu kasual di tengah, kehilangan bola dan Liverpool melakukan serangan kilat.

Mohamed Salah dengan tenang melencongkan bola ke sudut jauh dari jangkauan Dean Henderson.

Tamat perlawanan Liverpool menghadiahkan kedua beturut turut kepada United di tempat sendiri.

Iany menjadi kemenangan pertama Klopp sebagai pengurus Liverpool di Old Trafford.

Kemenangan ini membuka semula peluang Liverpool untuk menyelinap masuk ke dalam kelompok 4 teratas untuk beraksi di UCL pada musim hadapan.