Liverpool memastikan perlumbaan kejuaraan Liga Perdana Inggeris akan berlanjutan sehingga ke hari terakhir musim ini apabila pemburu empat kejuaraan itu terselamat daripada dertik menakutkan, untuk menewaskan Southampton 2-1.

Selepas Liverpool menewaskan Chelsea menerusi sepakan penalti dalam perlawanan akhir Piala FA yang melelahkan — hanya tiga hari selepas itu, Jurgen Klopp terpaksa melakukan perjudian dengan sembilan pertukaran di St Mary’s.

Walaupun berjaya menurunkan pasukan simpanan, Liverpool tetap tampol dengan aksi yang baik. Mereka ketinggalan awal menerusi jaringan Nathan Redmond.

Namun Liverpool membalas jaringan menerusi gol oleh Takumi Minamino dan Joel Matip.

The Reds hanya ketinggalan satu mata di belakang pendahulu Manchester City, yang keciciran mata di West Ham sebelum ini.

Perlumbaan kejuaraan yang sengit itu menyaksikan, jika Manchester City  menang menentang Aston Villa di Stadium Etihad pada hari Ahad, mereka akan juara, tidak kira apa pun keputusan dicatatkan Liverpool.

Klopp menegaskan pada hujung minggu bahawa dia tidak menjangkakan City akan kehilangan mata menentang Villa. Sambil menegaskan bahawa impian quadruple tak pernah wujud dalam fikirannya. Kerana ianya terlalu sukar untuk digapai.

Tetapi Liverpool ternyata membuatkan City masih gagal dinobatkan sebagai juara. Malah, City boleh kehilangan kejuaraan Liga Perdana Inggeris jika Liverpool menang dan mereka kalah pada hari terakhir liga.

Pasukan Klopp dijangka akan kembali menurunkan kesebelasan terkuat menentang Wolves. Memandangkan mereka sudah merehatkan nama nama seperti Sadio Mane, Luis Diaz, Andrew Robertson, Thiago Alcantara dan Trent Alexander-Arnold.

Manakala Mohamed Salah dan Virgil van Dijk diketepikan kerana kecederaan yang dialami di Wembley selain daripada Fabinho yang cedera lebih awal.

Ketiga tiga pemain itu masih berharap mereka akan cergas dalam aksi final UCL.

Bos City, Pep Guardiola berkata dia merancang untuk menonton perlawanan tersebut di televisyen. Dan jika dia benar benar menonton, pastinya dia akan kecewa  kerana Southampton mensia-siakan pendahuluan gol mereka.

Namun jika City gagal juara, pastinya penalti Riyad Mahrez yang tersasar pada minit-minit akhir keputusan seri 2-2 City di West Ham sebelum ini akan menjadi buakan ramai.

Liverpool kini masih berada di landasan sebagai kelab Inggeris pertama melakukan quadruple selepas menjuarai Piala Liga dan Piala FA, serta mara ke final UCL.

Namun begitu, pertama sekali, Liverpool harus menang berdepan Wolves. Kerana mereka tidak boleh mencatatkan keputusan lain selain menang. Steven Gerrard boleh membantu pasukan yang diwakilinya dari remaja itu untuk menjadi juara Inggeris sekali lagi. Begitu juga dengan Coutinho.

Dengan syarat Villa menewaskan City ataupun mengikat pasukan itu di Etihad. Tugas itu ternyata sangat sukar.

Southampton telah tewas tujuh daripada 10 perlawanan liga mereka sebelum ini, mungkin menjadi salah satu faktor pemilihan berani oleh Klopp.

Klopp mungkin kelihatan agak cemas  apabila Armando Broja terlepas tanpa kawalan ke dalam kawasan kotak penalti, memaksa Alisson Becker menyelamatkan dengan kakinya.

Ia adalah amaran yang gagal diendahkan Liverpool dan pasukan kendalian Ralph Hasenhuttl mendahului selepas 13 minit.

Redmond memecut ke bawah sayap kiri, memotong masuk ke dalam dan melepaskan rembatan lencong yang terbias sedikit pada kaki James Milner.

Klopp mengadu berang bahawa Diogo Jota telah dikasari oleh Lyanco dalam fasa binaan serangan tersebut. Namun bantahan Klopp itu tidak dilayan.

Dengan harapan kejuaraan mereka sedang terancam, Liverpool menunjukkan keinginan dan karakter yang memberi inspirasi kepada Klopp untuk melabel pasukannya sebagai memiliki “mentaliti raksasa”.

Minamino telah bergelut untuk memecah masuk ke dalam pasukan utama Liverpool secara tetap dan telah dihantar secara pinjaman ke Southampton musim lalu.

Penyerang Jepun itu memanfaatkan peluang beraksi sebagai pemula dalam aksi Liga Perdana Inggeris – sesuatu yang jarang berlaku. Di mana pemain itu menjaringkan gol penyamaan yang cantik pada minit ke-27.

Liverpool hampir mengubah keadaan tidak lama selepas itu. Di mana percubaan Roberto Firmino telah pun masuk. Namun Firmino didapati sudah berada pada kedudukan ofsaid.

Anak-anak buah Klopp menguasai lebih 70 peratus penguasaan bola pada separuh masa pertama dan ia adalah cerita yang sama selepas rehat.

Jota merembat jauh dari hantaran lintang Kostas Tsimikas, manakala Harvey Elliott melakukan percubaan terkena tepi jaring.

Tekanan bertubi-tubi Liverpool akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-67.

Di mana Matip dan Kyle Walker-Peters bergasak untuk memenangi bola hasil sepakan sudut Tsimikas. Matip berjaya menanduk melepasi McCarthy, untuk meletakkan Liverpool 2-1 di hadapan.

Pada minit akhir perlawanan, Southampton tiba tiba memberikan Liverpool beberapa detik cemas. Malangnya tiada gol terhasil. Tamat perlawanan Southampton 1 Liverpool 2.