Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Liverpool mengekalkan persaingan kejuaraan Liga Perdana apabila gol kemenangan Sadio Mane memastikan The Reds menewaskan Aston Villa 2-1 di Villa Park.

Skuad bimbingan Jurgen Klopp sebelum ini keciciran mata ketika berdepan dengan Spurs. Mereka sedar, sebarang keputusan selain menang akan membuatkan mereka mengucapkan selamat tinggal kepada kejuaraan.

Sementara Aston Villa menerima perkhabaran gembira sebelum perlawanan, apabila Phillipe Coutinho diberikan lampu hijau oleh Barca untuk terus bersama dengan Villa secara tetap.

The Reds segera menebus kesalahan untuk permulaan yang perlahan apabila Joel Matip membatalkan gol pembukaan Douglas Luiz.

Douglas Luis menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-3. Matip pula menyamakannya pada minit ke-6.

Liverpool kemudian bergelut dalam perlawanan ini. Aston Villa ternyata memberikan mereka masalah besar.

Namun pada separuh masa kedua, Liverpool berjaya menemui gol kemenangan.

Tandukan Mane pada 25 minit sebelum tamat sudah cukup untuk mengekalkan tekanan ke atas City, yang mempunyai satu perlawanan dalam tangan menentang Wolves pada hari Rabu.

Liverpool turut menjadi pasukan paling banyak mendapat mata daripada kedudukan ketinggalan.

Walaupun Liverpool sama mata dengan City, skuad bimbingan Pep Guardiola di puncak dengan perbezaan gol.

Kemenangan tersebut juga terpaksa dibayar dengan kos yang tinggi oleh Jurgen Klopp, yang kehilangan Fabinho akibat kecederaan otot yang berkemungkinan menyebabkan dia tidak dapat beraksi pada final Piala FA Sabtu ini dan final Liga Juara-Juara menentang Real Madrid pada 28 Mei.

Dengan aksi final pada Sabtu ini, Klopp memutuskan untuk merehatkan Mohamed Salah dan Thiago. Seterusnya Andy Robertson tidak menyertai skuad mereka.

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group