Liverpool meneruskan rentak kemenangan mereka ketika pasukan mereka tanpa Sadio Mane dan Mohamed Salah yang masih berjuang di Piala Bangsa Afrika.

Bertempat di Selhurst Park, Liverpool berjaya memastikan 3 lagi mata berjaya dipungut dalam usaha mereka merapatkan sedikit jurang mata dengan Man City kepada 9 mata.

Liverpool menghidupkan sedikit api semangat mereka untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas Man City keciciran mata di St Mary, 24 jam sebelumnya.

Liverpool memulakan perlawanan dengan sangat dominan. Mereka mendahului menerusi Virgil van Dijk yang melonjak untuk menanduk deras sepakan penjuru Andy Robertson.

Alex Oxlade Chamberlain benar benar menggunkana kesempatan yang ada untuk membuktikan bahawa dia berhak berada di kesebelasan utama. Chamberlain hampir menjaringkan gol selepas kekalutan di hadapan gol Palace. Malangnya dia cuma melakukan percubaan yang terkena jaring.

Olise mempersiakan peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan selepas itu. Dia berjaya mengatasi Alisson dengan gelecekannya. Tetapi penjaga gol Liverpool itu bingkas untuk menafikan percubaan pemain itu dengan hadangannya.

Tidak lama selepas itu giliran Jean-Philippe Mateta pula memaksa Alisson berhempas pulas untuk menafikan percubaannya.

Alex Oxlade Chamberlain kemudian berjaya meletakkan Liverpool dua gol di hadapan selepas menyempurnakan satu lagi hantaran assist daripada Andy Robertson.

Pada separuh masa kedua, Palace meningkatkan lagi ancaman ke kubu Liverpool. Conor Gallagher melakukan tandukan yang liar dari jarak dekat.

Palace akhirnya menembusi gaweang Liverpool apabila Mateta menerima hantaran Jeffrey Schlupp dan kemudian, Mateta tanpa mementingkan diri telah melorongkan bola untuk disudahkan oleh Odsonne Edouard.

Liverpool berdepan beberapa lagi detik mencemaskan apabila Joachim Andersen melakukan percubaan melebar dan Olise hampir menjaringkan gol lewat dengan satu percubaan lob.

Palace yang mempersiakan beberapa peluang keemasan akhrinya dihukum apabila Diogo Jota dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh Guaita.

VAR mengambil masa yang lama untuk menilai penalti itu dan akhirnya Kevin Friend mengesahkan ianya penalti selepas menyemak semula keputusan awalnya.

Fabinho meneruskan rentak jaringannya dengan gol menerusi penalti minit ke-89.

Liverpool kini merapatkan jurang mata kepada 9 mata dengan 1 lagi baki perlawanan kurang berbanding Man City.