Manchester United turun berhadapan dengan Leicester di King Power Stadium. Di mana Man United cuba memperbaiki prestasi mereka yang agak kurang menentu dalam beberapa aksi terakhir liga.

Man United bermula dengan serangan yang diketuai oleh Cristiano Ronaldo. Bekas pemain Leicester, Harry Maguire turut beraksi mengetuai pasukan Man United.

Kedua dua pasukan boleh dikatakan bermula dengan seimbang. Dengan masing masing memiliki momen mereka sendiri pada separuh masa pertama.

Leicester memulakan ancaman gol pada minit ke-6 menerusi permainan kombinasi Vardy, Iheanacho dan Tielmans. Namun percubaan Tielemans dihadang oleh Maguire.

Pada minit ke-19, Man United di hadapan menerusi gol cantik oleh Mason Greenwood yang melencongkan bola dari luar kotak penalti.

Tersentak dengan gol itu, Leicester terus cuba mencari gol penyamaan serta merta.

Maddison berjaya mencari Castagne yang kemudian melakukan percubaan bahaya tetapi dihadang oleh Matic. Iheanacho melakukan tindakan susulan yang dinafikan oleh De Gea,

Tidak lama kemudian, pada minit ke-28, Ronaldo menerima hantaran Sancho, namun Kasper Schmeichel melakukan penyelamatan kelas dunia.

Leicester akhirnya menemui gol penyamaan mereka menerusi Youri Tielemans, Ianya berpunca daripada kesilapan Harry Maguire yang hilang bola di garisan akhir pertahanan kepada Iheanacho.

Tielemans berjaya menghalakan bola ke sudut gawang gol De Gea.

Separuh masa pertama berakhir dengan 1-1.

Pada separuh masa kedua, Man United gagal memperbaiki rentak mereka. Leicester malah menjadi pasukan yang lebih bahaya.

David De Gea beberapa kali menyelamatkan percubaan bahaya daripada lawan.

Pada minit ke-65, Mason Greenwood gagal menyempurnakan peluang di depan mata apabila rembatannya dihadang oleh penjaga gol lawan.

Pada minit ke-75, Leicester memiliki peluang gol daripada situasi 3 vs 2. Tielemans melakukan rembatan yang ditepis De Gea lalu terkena tiang gol.

Berpunca dari sepakan penjuru, berlaku situasi kelam kabut di hadapan gawang De Gea. Caglar Soyuncu merembat masuk bola jarak dekat pada minit ke-78.

Gol tersebut dibalas oleh Marcus Rashford pada minit ke-82. Agak ironi kerana Rashford onsaid kerana Caglar Soyuncu.

Gol penyamaan itu tak bertahan lama kerana terus dibalas oleh Jami Vardy, kurang seminit kemudian. Ayoze Perez mencucuk bola ke arah Vardy yang melakukan separa voli dan masuk.

De Gea kemudian diuji oleh beberapa siri rembatan ke arahnya. Namun kental bertahan.

Hari malang United diburuukan lagi oleh gol keempat oleh pemain gantian Patson Daka pada masa kecederaan pertama. Di mana beliau tidak dikawal langsung di hujung tiang gol.

Tamat perlawanan Leicester 4 Man United 2.