Arsenal bernasib baik dapat membawa pulang 1 mata dari Elland Road selepas aksi bertenaga Leeds United.

Leeds United juga harus menyalahkan diri mereka sendiri. Kerana ketumpulan di hadapan gol dan 3 percubaan terkena tiang atau palang, membuatkan mereka terlepas peluang untuk mencipta kemenangan ke atas Arsenal.

Leeds mencipta lebih banyak peluang gol berbanding dengan The Gunners. Di mana sepanjang perlawanan mereka melakukan 25 percubaan ke arah gol. Malang sekali, hanya 4 percubaan tepat.

https://twitter.com/LUFCDATA/status/1330591627459637254

Arsenal bermula dengan cemas pada separuh masa pertama. Di mana mereka ditekan dan terus ditekan oleh Leeds United. Arsenal gagal mencipta sebarang percubaan tepat pada separuh masa pertama.

Arsenal mendapat on target pertama mereka hanya selepas sejam aksi di atas padang.

Penyerang Arsenal, Nicolas Pepe, turut dibuang padang pada separuh masa kedua selepas melakukan tindakannya menyerang Ezgjan Alioski dengan menanduk pemain tersebut.

Arteta menganggap tindakan Pepe itu sebagai tidak boleh diterima.

Arsenal dipaksa untuk lebih bertahan. Agak menarik kerana, Arsenal bermain lebih baik dengan aksi 10 pemain.

Bukayo Saka memiliki peluang keemasan untuk memberikan kemenangan kepada Arsenal. Namun beliau gagal menyempurnakan peluang tersebut.

Selain daripada tiang dan palang, Arsenal juga pastinya berterima kasih dengan Bernd Leno yang sekali lagi beraksi cemerlang di gawang.

Keputusan seri ini bermakna skuad Mikel Arteta berada di luar 10 teratas. Mempersi-siakan peluang untuk meminta Man United.

Paling merisaukan Arsenal adalah persembahan Pierre-Emerick Aubameyang yang masih di bawah paras sebenar.

Baca juga perkembangan lain

Bruno Fernandes: Ini Kemenangan Penting

Kalah Di Tangan Spurs, De Bruyne Dan Guardiola Kecam Pengadil

RASMI: Haaland Menang Golden Boy 2020