Liverpool melayan kunjungan Sheffield United dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield.

Liverpool sebelum ini gagal mencatatkan kemenangan dalam dua pertarungan terakhir mereka di EPL.

Dalam aksi di Anfield, Liverpool terus mempamerkan aksi menyerang. Sadio Mane melepaskan rembatan dari dekat kotak penalti. Namun, John Egan dengan pantas menghadangnya.

Sheffield kemudian mendapat penalti kontroversi selepas Oliver McBurnie yang sebenarnya dijatuhkan di luar kotak penalti.  VAR memberikan penalti kepada Sheffield.

Insiden itu hanya beberapa minit selepas VAR tidak memberikan penalti kepada Chelsea, selepas Maguire mengunci kepala Azpilicueta dalam aksi sepak mula lebih awal.

https://twitter.com/gerald3official/status/1320121236664569857

Sander Berge tiada masalah menewaskan Alisson Becker untuk menjadikan kedudukan 0-1 kepada pelawat pada minit ke-12.

Liverpool bergelut dengan usaha mereka mencipta peluang gol walaupun memiliki dominasi dalam perlawanan ini.

Sheffield mengancam The Reds dengan beberapa siri hantaran lintang. Ben Osborn melakukan rembatan deras minit ke-24 yang sedikit tersasar.

Namun  sebelum rehat The Reds akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-41.

Hantaran lintang yang dilepaskan dari kanan disambar dengan pantas oleh Sadio Mane. Aaron Ramsdale yang cuba mengeluarkan bola, gagal untuk melakukannya, dan Firmino melakukan susulan.

Liverpool masuk ke bilik persalinan dengan skor 1-1.

Masuk separuh masa kedua, skrip dia tetap hampir sama. Liverpool lebih dominan namun pasukan lawan tetap beberapa kali memiliki momen mereka untuk menjaringkan gol.

Pada minit ke-53 Mohamed Salah melepaskan rembatan dengan kaki kiri, malang sekali ianya meliar tinggi.

Pada minit ke-62, Mo Salah hampir melakukan calon gol tercantik minggu ini di EPL dengan menyambut hantara Tren Alexander-Arnold.

Salah mengawal bola dengan kakinya sebelum melepaskan penyudah tepat. Namun gol itu ditarik oleh VAR kerana ofsaid.

Hanya 4 minit kemudian, Sadio Mane melakukan hantaran lintang yang ditanduk masuk oleh Diogo Jota.

Pada minit ke-82 Liverpool hampir menambah satu gol lagi. Salah melepaskan rembatan melewati Ramsdale. Namun, bola terkena tiang.

Liverpool berjaya memastikan mereka tidak bocor lagi untuk meraih 3 mata di gelanggang sendiri.

Baca juga perkembangan lain

El Clasico: Real Madrid Aibkan Barca Di Nou Camp

Ejen Ozil Tembak Arteta Sebagai Pembohong Dan Tidak Beretika

EPL: Azpilicueta Mahu Penalti Selepas Dikunci Maguire, Evra Teringatkan Hulk Hogan