Manchester United melayan kunjungan Everton di Old Trafford pada hari peringatan nahas tragedi Munich.

Man United memulakan perlawanan dengan tempo agak sederhana. Namun mereka berjaya menguasai perlawanan dan menamatkan separuh masa pertama dengan sebaik yang mungkin.

Syaitan Merah masuk ke bilik rehat dengan pendahuluan dua gol. Edinson Cavani meletakkan tuan rumah di hadapan pada minit ke-24 menerusi tandukan deras selepas menerima hantaran daripada Marcus Rashford.

Dan sebelum wisel separuh masa, Bruno Fernandes pula menambah gol dengan satu rembatan cantik dari luar kotak penalti.

Gol tersebut membuatkan ramai tepersona dengan kecantikannya. Di mana ianya dihasilkan dengan teknik sangat baik.

Ole Gunnar Solskjaer dan para pemainnya menuju ke bilik rehat dengan senyuman.

Namun segalanya serba tak menjadi pada awal separuh masa kedua.

Dalam 7 minit pertama separuh masa kedua, Everton menjaringkan dua gol untuk menjadikan kedudukan 2 sama.

Abdoulaye Doucoure menjaringkan gol pertama Everton minit ke-49. Beliau memanfaatkan kesilapan De Gea.

Tidak lama selepas itu, pada minit ke-52, giliran James Rodrigues pula menambah gol kedua. Di mana beliau mengambil kesempatan daripada kegagalan Man United mengeluarkan bola daripada kotak bahaya.

Everton terus mencipta beberapa peluang gol lagi. Tetapi sekali lagi skuad Ole Gunnar Solskjaer di hadapan menerusi Scott McTominay pada minit ke-70.

Man United terus dominan dengan penguasaan bola tetapi Everton kian berusaha mencari gol penyamaan.

Saat saat akhir, pemain gantian, Axel Tuanzebe memberikan sepakan percuma kepada lawan di dalam kawasan sendiri.

Everton mengerahkan kesemua pemain mereka naik ke atas untuk serangan terakhir yang diberikan oleh pengadil.

Dominic Calvert Lewin menerima bola dari celahan pemain pertahanan dan rakannya, lalu menolak masuk melepasi De Gea.

Tamat perlawanan Manchester United 3 Everton 3.

Man United mempersiakan peluang yang mereka miliki untuk mengikat mata dengan Man City di tangga teratas.

Dua kali Man United terkena ‘comeback’ dari Everton.

Baca juga perkembangan lain

Zidane Kritik Odegaard Yang Berkeras Mahu Ke Arsenal

Kad Merah Bednarek Satu Kesilapan Dan Ditarik Balik, Kad Merah Luiz Kekal

EPL: Mourinho Tuduh Kemenangan Chelsea Kerana Dibantu Pengadil