Everton terus menghidupkan aspirasi mereka untuk bersaing empat teratas dan mendapat tempat di Liga Juara-Juara musim depan selepas gol sendiri Bernd Leno telah memberikan mereka kemenangan 1-0 ke atas Arsenal.

Bernd Leno beraksi baik pada keseluruhannya namun kesilapan yang mengejutkan dilakukannya pada minit ke-76, di mana beliau membuatkan hantaran leret Richarlison bertukar menjadi gol kerana gagal menangkap bola – yang meleret melalui celahan kakinya.

Arsenal turut kecewa apabila penalti mereka ditarik balik selepas mendapati ada ofsaid sebelum insiden kekasaran berlaku.

Ini adalah kemenangan pertama Everton dalam EPL ke atas Arsenal selepas 25 kali mencuba dengan 20 kalah dan 4 seri dicatatkan dalam 24 perlawanan terakhir sebelum ini selepas kemenangan mereka di Highbury pada 1996.

Segalanya serbab tidak menjadi untuk Arsenal. Di luar stadium peminat mereka melakukan protes ke atas pemilik kelab, Stan Kroenke.

5472 (1)

The Gunners melakukan percubaan pertama menerusi Bukayo Saka, tetapi bola rendah tersebut diselamatkan oleh Pickford.

Everton tampil menjadi pasukan lebih baik pada separuh masa pertama. Arsenal beraksi longlai dan kurang bersemangat. Richarlison menjadi ancaman utama Arsenal.

Gylfi Sigurdsson kemudian berjaya melepaskan percubaan yang menggegarkan palang menerusi sepakan percuma cantik pada separuh masa pertama.

Arsenal dihadiahkan penalti ketika Dani Ceballos dijatuhkan di dalam kotak penalti, tetapi VAR menganggap Nicolas Pepe berada dalam posisi ofsaid dan penalti ditarik balik.

Ceballos kemudian mengancam gawang Arsenal, tetapi Pickford menafikannya.

Dengan baki 14 minit sahaja lagi, Bernd Leno berlutut ketika cuba menangkap hantaran rendah Richarlison, tetapi bola terus melalui kakinya dan masuk.

Everton pastinya berterima kasih kepada Pickford yang menafikan percubaan bahaya pemain gantian, Gabriel Martinelli.

Arsenal tewas buat kali ke-13 pada musim ini. Dan kelihatan sukar untuk mengejar slot Eropah termasuk UEL.

Baca juga artikel:

Ed Woodward ‘Resign’ Kerana Tak Sokong Glazers Mahu Sertai ESL? Ini Sebenarnya Berlaku

UEFA Cuba Sedaya Upaya Untuk Singkir Real Madrid Dari UCL Musim Ini Dan Musim Hadapan

EPL: Guardiola Puas Hati, City Semakin Hampiri Kejuaraan