Liverpool menjamu kunjungan Fulham dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield. Liverpool sebelum ini kalah 5 perlawanan berturut turut di Anfield. Klopp melakukan 7 pertukaran dalam pasukannya kali ini.

Liverpool bermula dengan tempo sederhana dalam perlawanan ini. Fulham melakukan ancaman awal pada minit ke-11 menerusi Ademola Lookman, namun percubaan beliau tersasar.

Pada minit ke-19, Mohamed Salah memiliki peluang keemasan untuk menjaringkan gol. Salah sudah melepasi Areola, namun tidak dapat melakukan kontak dengan bola.

Fulham kemudian bermain dengan lebih baik. Mereka merencana gerakan lebih laju dan agresif. Pada minit ke-29, giliran Tetey mencipta peluang untuk Maja, mujur Alisson keluar menyelamatkan keadaan.

6 minit kemudian, Fulham melakukan satu lagi serangan kilat. Kali ini menerusi Ademola Lookman yang menewaskan garisan tinggi Liverpool. Malang sekali pemain itu mengambil sentuhan ekstra dan rembatannya dihadang.

Ketika separuh masa pertama seolah olah berakhir 0-0, Mario Lemina meletakkan pelawat di hadapan. Bermula daripada sepakan percuma Cavaleiro, bola dikeluarkan Robertson. Namun Mohamed Salah terlalu kasual cuba mengawal bola.

Lemina mengenakan kontak dan Salah tertewas, lalu Lemina menewaskan Alisson dengan leretan deras. Fulham masuk ke bilik persalinan dengan mendahului 1-0.

Pada separuh masa kedua Liverpool terus mengasak ke kubu Fulham. Diogo Jota melakukan voli deras tetapi Areola melakukan world class save dengan sebelah tangannya.

Liverpool terus menggandakan usaha mereka. Pada minit ke-69, pemain gantian, Sadio Mane melakukan tandukan yang terkena palang gol.

Dua minit berselang giliran Xherdan Shaqiri melakukan lencongan hanya sedikit tersasar.

Fulham menambah unit pertahanan mereka dengan bermain dengan 5 pertahanan untuk memastikan 3 mata milik mereka.

Liverpool akhirnya terpaksa menelan satu lagi kekalahan. Dan ianya rekod terburuk mereka di Anfield dengan 6 kekalahan berturut turut di tempat sendiri.

Kini aspirasi 4 teratas semakin samar. Malah Liverpool kini berpotensi terlepas aksi ke Europa musim hadapan.

Baca juga perkembangan lain

Arteta: “Jika Itu Bukan Penalti, Beritahu Saya Rupa Penalti Sebenar”

Bayern Bangkit Menang 4-2: Haaland Skor 2, Lewandowski Balas 3

FIFA Pertimbang Wenger’s Law Untuk Perbaiki Peraturan Ofsaid