Diogo Jota menandakan kepulangannya ke Wolves dengan gol kemenangan pasukan baharunya, ketika Liverpool memperoleh kemenangan 1-0 di Molineux dalam aksi awal pagi tadi waktu Malaysia.

Ianya adalah aksi pertama Jota di Molineux sejak perpindahan bernilai £45 juta pada tahun lalu. Beliau memberikan aksi cemerlang dengan gol yang menentukan kemenangan Liverpool.

Kemenangan tersebut juga membantu menaikkan sedikit motivasi pasukan bimbingan Jurgen Klopp setelah menang ke atas Leipzig daripada saingan Liga Juara Juara Eropah.

Wolves turut bergelut dengan prestasi musim ini, sukar untuk mereka mencapai prestasi musim lalu, apabila mereka tewas buat kali ke-12.

Lebih malang buat Wolves apabila penjaga gol kental mereka, Rui Patricio terpaksa diusung keluar padang, kerana kecederaan di kepala, yang menyebabkan perlawanan terhenti selama 14 minit.

Wolves memulakan perlawanan dengan baik. Mereka meminta penalti pada awal perlawanan selepas Alisson mengasari Nelson Semedo. Namun pengadil tidak memberikannya.

Wolves memiliki beberapa peluang pada separuh masa pertama, tetapi tiada penyudah.

Sadio Mane kemudian hampir memenangi penalti untuk Liverpool. Namun pemain asal Senegal itu meneruskan lariannya walaupun ada kontak daripada tangan Patricio.

Ruben Neves juga tidak memanfaatkan peluang dalam kotak penalti dengan rembatan menyilang liar.

Kegagalan Wolves menghukum Liverpool membawa padah. Apabila pada masa kecederaan separuh masa pertama, bekas pemain mereka, Diogo Jota bergandingan cemerlang dengan Mane dan Salah untuk menghasilkan gol kemenangan dengan kaki kirinya.

Pasukan Nuno Espirito Santo memulakan babak kedua dengan cemerlang seperti yang mereka lakukan pada babak pertama.

Bekas graduan akademi Liverpool, Conor Coady melakukan tandukan yang hampir menerjah gawang. Wolves kemudian menggandakan jumlah hantaran lintang mereka. Namun Alisson sangat cemerlang dengan memenangi banyak bola di udara.

Tamat perlawanan Liverpool membawa pulang 3 mata dari Wolves. Membolehkan mereka naik ke kedudukan keenam dalam carta liga.

Baca juga perkembangan lain

Zidane Buka Pintu Untuk Cristiano Ronaldo Kembali Ke Bernabeu

PSG Tewas, Di Maria Menangis Dikeluarkan Awal Kerana Keluarganya Dirompak

PSG Tewas, Di Maria Menangis Dikeluarkan Awal Kerana Keluarganya Dirompak