Antonio Conte gembira melihat semangat tak menyerah kalah para pemainnya walaupun ketinggalan 2-1 pada masa kecederaan.

Perlawanan ini menjadi sangat dramatik. Mungkin ianya bukan aksi penentu kejuaraan EPL seperti mana detim Agueroooo ketika bertemu QPR satu ketika dahulu. Namun kegilaannya dari hampir sama.

Bergwijn masuk pada minit ke-79. Dia kemudian terlibat dalam pertengkaran dengan Caglar Soyuncu.

Pada masa kecederaan minit ke-90+5, Bergwijn menyamakan kedudukan untuk Spurs. Berpunca daripada hantaran Kane kepada Doherty, dan kemudian Doherty kehilangan bola. Namun Bergwijn benar benar di hadpaan bola tersebut dan merembatnya masuk.

Kira kira seminit kemudian, Spurs melakukan satu serangan balas. Bergwijn mengatasi perangkap ofsaid dan kemudian menggelecek penjaga gol untuk gol kedua.

Gol yang memberikan kemenangan mutlak kepada Spurs dengan Conte melanjutkan rekod tanpa kalah Spurs kepada 9 perlawanan.

Steven Bergwijn dikaitkan dengan perpindahan ke Ajax, namun Spurs menolak bidaan hanya £15 juta untuk pemain itu. Siapa sangka dia akan menjadi wira kemenangan Spurs dengan cara sangat dramatik.

Conte sangat emosional meraikan kemenangan tersebut sebelum kunjungan ke bekas kelab lamanya, Chelsea pada Ahad ini.

Conte berkata: “Ianya perlawanan yang hebat di mana kami tak patut kalah kerana kami mencipta peluang yang banyak dan kurang bernasib baik.”

“Apabila kita dalam kedudukan ketinggalan 2-1, kita sangat kecewa kerana sudah bermain dengan baik. Akhirnya para pemain saya menunjukkan semangat kental mereka, keinginan tinggi dan tidak menyerah kalah.”

“Ini seharusnya menjadi falsafah kita, jangan menyerah kalah dan berjuang sehingga ke wisel penamat. Hebat sekali dapat melihat sikap seperti ini dari para pemain saya.”

Kemenangan itu melonjakkan Spurs ke tangga kelima dalam carta EPL dengan hanya 1 mata daripada 4 teratas. Cuma Spurs masih ada kurang 3 perlawanan berbanding dengan West Ham yang menghuni tangga ke-4.