Jose Mourinho telah memulakan perang saraf ke atas Man United dengan menyatakan pasukan itu satu satunya pasukan yang boleh menang walaupun sudah wisel penamat.

Ole Gunnar Solskjaer yang masih baru dalam dunia pengurusan telah melayan psywar daripada Mourinho dengan menyindir Mourinho berkaitan dengan isu tiang gol.

Mourinho sebelum ini menyatakan tiang gol ketika aksi kelayakan Europa adalah kecil.

Mourinho yang bengang dengan sindiran Ole telah menyatakan bahawa Ole Gunnar Solskjaer bukannya peduli hal saiz tiang gol yang dia ambil peduli hanyalah kotak penalti.

Malah Mourinho menyindir, kalau boleh Ole nak saiz kotak penalti yang lagi besar.

Sebelum perlawanan, Mourinho kemudian melabel Man United sebagai pasukan super dalam cabaran kejuaraan musim ini.

Mourinho berkata: “Kami ada perlawanan berdepan pasukan super pada Ahad ini. Mereka adalah pilihan untuk merebut kejuaraan liga.”

https://twitter.com/ManUnitedGoals2/status/1311351873111240704

Ole Gunnar Solskjaer membalas beliau saja saja mengusik Mourinho danΒ  berkata dia tak sesekali akan terjerat dengan perang saraf Mourinho.

Di atas padang, Man United memulakan perlawanan dengan sebaiknya. Mereka mendapat penalti pada awal perlawanan yang disudahkan oleh Bruno Fernandes pada minit kedua.

Namun gol itu hanya bertahan seminit. Ianya selepas aksi pertahanan komedi tragik oleh Harry Maguire yang menarik Luke Shaw ketika rakannya nak mengeluarkan bola.

Ndombele mengambil kesempatan lalu menyamakan kedudukan.

Son Heung Min kemudian meletakkan pasukannya di hadapan selepas menerima sepakan percuma segera daripada rakannya.

Man United yang agak tertidur tak mampu menghalang pemain antarabangsa Korea itu.

Dan malam United terus menjadi teruk apabila Anthony Martial dibuang padang kerana menampar Lamela.

Tidak lama selepas itu, Eric Bailly melakukan kesilapan bunuh diri dengan menghantar bola yang dipintas pemain lawan.

Harry Kane berjaya meletakkan Spurs pada kedudukan 1-3.

Sebelum rehat separuh masa, Son Heung Min menambah satu lagi gol selepas menerima hantaran rendah Aurier, dan beliau menyumbat masuk bola dengan cantik.

Ejf2hauXsAA4jv6

Pada separuh masa kedua, Serge Aurier menambah gol kelima pasukannya pada minit ke-51.

Paul Pogba kemudian memberikan penalti kepada lawan. Dan ianya mudah disempurnakan oleh Harry Kane.

Tamat perlawanan, Man United 1 Spurs 6.

Ianya kemenangan bermakna buat Mourinho dalam usahanya membentuk pasukan pesaing kejuaraan liga.

Baca juga perkembangan lain

EPL: Liverpool Lunyai Dibantai 7-2 Di Villa Park

Merobek Zon 14 Antara 7 Pendekatan Bielsa Yang Membuatkan City Kucar Kacir

EPL: Leeds Hampir Lemaskan Man City Dengan Tempo Intensif, Guardiola Anggap Keputusan Yang Adil