Liverpool bermain dengan sangat dominan ketika melayan kunjungan Tottenham Hotspur di Anfield dalam usaha mereka terus bersaing kejuaraan dengan Manchester City.

Namun anak anak buah Jurgen Klopp berdepan dengan kesukaran di hadapan gol kerana pertahanan lawan mereka sangat berdisiplin dan agresif.

Liverpool malah ketinggalan terlebih dahulu pada separuh masa kedua apabila pemain antarabangsa Korea Selatan, Son Heung Min menjaringkan gol dari jarak dekat.

Mujur Luis Diaz berjaya menyamakan kedudukan menerusi kualiti individu yang luar biasa.

Diaz meneruskan prestasi cemerlangnya sejak menyertai Liverpool pada Januari lalu.

Namun Liverpool gagal menambah gol lagi selepas itu.

Ini adalah kali pertama Liverpool gagal menang aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield sejak Oktober 2021. Di mana sebelum ini mereka 14 mata di belakang Man City sebelum mengejar sehingga jarak cuma 1 mata.

Bagi Spurs keputusan seri ini adalah keputusan terbaik buat mereka dalam usaha mahu mendapatkan slot terakhir ke UCL pada musim hadapan.

Tetapi tidak untuk Liverpool!

The Reds berada di puncak liga selepas tamat perlawanan dengan kelebihan perbezaan jaringan yang sangat kecil bezanya dengan City.

Namun jika Man City menang dalam aksi mereka minggu ini, skuad Pep Guardiola akan menjarakkan diri 3 mata daripada Liverpool dan mencerahkan lagi peluang untuk mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris mereka.

Keputusan ini juga meletakkan impian Liverpool menamatkan musim dengan Quadruple dalam keadaan sangat sukar.