Leicester dilihat berpeluang besar untuk menamatkan rekod tanpa kalah Liverpool di Anfield. Ini selepas skuad Jurgen Klopp menambahkan senarai kecederaan dan kecergasan mereka.

Trent Alexander Arnold, Joe Gomez dan Mo Salah kesemua pemain tersebut tidak dapat beraksi di samping nama nama lain seperti Van Dijk, Thiago, dan Oxlade Chamberlain.

Klopp menerima berita yang sedikit melegakan beliau kerana Fabinho disahkan cergas untuk beraksi.

Dalam aksi yang berlangsung di Anfield, pasukan tuan rumah ternyata terlalu intensif untuk dikekang oleh Leicester.

Diogo Jota melakukan ancaman sebaik sahaja sepak mula.

Selepas melakukan beberapa siri serangan, Liverpool akhirnya di hadapan selepas Jonny Evans tertanduk bola ke gawang sendiri.

Liverpool kemudian menambah gol kedua menerusi Diogo Jota yang menanduk deras hantaran Andy Robertson.

Jota menjadi pemain pertama dalam sejarah Liverpool menjaringkan gol dalam kesemua 4 penampilan pertamanya di Anfield.

Liverpool masuk ke bilik persalinan dengan pendahuluan dua gol ke atas lawan mereka.

Bersambung babak kedua, Liverpool tetap mengekalkan intensiti mereka.

Diogo Jota terus menguji pintu gol lawan dengan rembatan deras. Roberto Firmino memiliki beberapa peluang gol namun gagal menyempurnakannya.

Sadio Mane juga memiliki 2 peluang keemasan, namun gagal menewaskan Kasper Schmeichel.

Leicester memiliki beberapa peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan namun gagal untuk menewaskan Alisson.

Firmino akhirnya berada dalam senarai penjaring selepas menanduk masuk sepakan penjuru James Milner.

Liverpool berjaya mempertahankan gawang mereka untuk kekal clean sheet dan menang 3-0. Sekaligus mencipta rekod tanpa kalah terpanjang di Anfield dalam saingan EPL – dengan 64 perlawanan di home tanpa kalah.

Baca juga perkembangan lain

EPL: Leeds Persiakan Peluang, Arteta Bengang Pepe Kad Merah

Bruno Fernandes: Ini Kemenangan Penting

[VIDEO] Kesilapan ‘Fatal’ Ter Stegen Buat Barcelona Menderita Kekalahan Ketiga