Chelsea terus gagal dibendung oleh mana mana pasukan sejak kehadiran Thomas Tuchel. Terbaru The Blues mencatatkan kemenangan berharga 2-0 ke atas pencabar 4 teratas, Everton di Stamford Bridge.

Sejak Tuchel mengambil alih, Chelsea tak kalah dalam 11 perlawanan berturut turut. Dan ini merupakan kemenangan kelapan Tuchel bersama dengan Chelsea.

Gol sendiri pada separuh masa pertama oleh Ben Godfrey meletakkan tuan rumah di depan sebelum penalti Jorginho pada masa kedua memastikan rekod tanpa kemenangan Everton di Chelsea berlarutan kepada 26 perlawanan.

Chelsea kekal di tangga keempat tetapi hanya dibezakan dengan tiga mata dari tempat ketiga yang kini dihuni oleh Leicester City.

Chelsea memulakan perlawanan dengan positif dan hampir membukan tirai jaringan menerusi Jorginho yang melakukan percubaan dari luar kotak penalti. Tetapi usahanya gagal untuk menerjah gawang.

Tuan rumah membuka skor pada minit 31 minit, apabila voli Kai Havertz – hasil umpanan silang Marcos Alonso terbias pada Godfrey dan menewaskan Jordan Pickford.

Everton terus mendahului carta jaringan sendiri terbanyak sepanjang zaman di EPL.

Tidak lama selepas itu Marcos Alonso mengancam gawang Everton menerusi sepakan percuma.

Havertz yang beraksi cemerlang berjaya menembusi gawang Everton pada minit ke-53. Tetapi gol itu dibatalkan kerana Havertz handball.

Sejurus selepas itu, bintang Everton, Richarlison mensia-siakan peluang keemasan untuk Everton. Malang sekali beliau melakukan percubaan yang melebar jauh.

Pada minit ke-65, Havertz sekali lagi menjadi tumpuan. Kali ini pemain antarabangsa Jerman itu memenangi penalti untuk pasukannya. Jorginho tiada masalah langsung untuk menewaskan Jordan Pickford.

Jordan Pickford melakukan beberapa ‘saves’ berkualiti tinggi untuk menafikan percubaan Timo Werner, N’golo Kante dan juga Mason Mount.

Tamat perlawanan, Chelsea menang 2-0, bermakna satu lagi catatan tanpa bolos dilakukan oleh skuad yang berpangkalan di London itu.

Baca juga perkembangan lain

RASMI: Laporta Presiden Barcelona Sekali Lagi, Tekad Bangkitkan Semula Barca

EPL: Manchester United Tamatkan Rekod 21 Kemenangan City

EPL: Kesalahan Salah Hiasi Kekalahan Liverpool Di Anfield Buat Keenam Kali Berturut Turut