Manchester United turun berdepan dengan pasukan yang berada di zon penyingkiran, Norwich City.

Manchester United bermula garang di hadapan penyokong mereka sendiri. Cristiano meledak gol pertama untuk United.

Kredit kepada Elanga yang berjaya mencipta peluang gol yang terus disempurnakan oleh Cristiano Ronaldo untuk meletakkan Red Devils di hadapan pada minit ke-7.

Manchester United kemudian memberikan ruang kepada lawan mereka untuk menyerang. Namun Norwich agak lemah di pertiga akhir.

Cristiano Ronaldo sekali lagi tampil cemerlang dengan gol keduanya. Kali ini Ronaldo menyudahkan umpanan Alex Telles.

Manchester United kemudian mengendurkan intensiti mereka. Dan akhirnya mereka bolos pada lewat masa kecederaan separuh masa pertama. Kali ini Kieran Doyle menyudahkan peluang yang dicipta Teemu Pukki.

Bersambung babak kedua, Norwich tampak lebih bersemangat untuk mendapatkan gol. Dan mereka berjaya memperoleh gol kedua menerusi bintang utama mereka Teemu Pukki.

Pukki berjaya kekal onside ketika menerima bola dia dengan tenang menewaskan David De Gea.

VAR diperlukan untuk mengesahkan gol ini.

Ketika penyokong Manchester United resah akan skrip yang sama mungkin berulang seperti mana yang kerap mereka hadapi musim ini. Keciciran mata selepas mendahului.

Cristiano Ronaldo memastikan United kembali di hadapan. Kali ini menerusi sepakan percuma deras yang tak mampu diselamatkan walau sesiapa sahaja pun menjadi penjaga gol di situ.

Ronaldo mencipta hatriknya dengan gol tersebut pada minit ke-76. Ia juga jaringan ke-21 Ronaldo musim ini. Dalam musim penuh pergolakan.

Tamat perlawanan Manchester United 3, Norwich 2.

Kemenangan yang sangat penting buat United untuk terus menghidupkan impian top 4. Ini selepas Spurs dan Arsenal keciciran mata.