Kapten Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang akhirnya menunjukkan sentuhan sebenar beliau.

Beraksi sebagai no.9, Aubameyang berjaya mencetak hatrik dalam aksi berdepan dengan Leeds United.

Arsenal unggul lebih dahulu pada minit ke-13. Ianya selepas Pierre-Emerick Aubameyang yang memanfaatkan hantaran daripada Granit Xhaka.

Illan Meslier tidak mampu menyelamatkan penyudah tajam pemain antarabangsa Gabon itu.

Pertahanan Leeds terus dihukum. Kali ini Illan Meslier melakukan kesilapan dengan menjatuhkan Bukayo Saka. Meslier pada awalnya mahu menggelecek Saka, namun kehilangan bola.

Pengadil memberikan penalti dan ianya disempurnakan oleh Aubameyang.

Meslier terus melalui malam yang sukar. Sebelum rehat beliau ditewaskan pemain pertahanan sisi Arsenal, Hector Bellerin pada minit ke-45.

Bellerin menerima umpanan dari Ceballos dan merembat masuk.

Pasukan tuan rumah kemudian semakin selesa dengan gol keempat pada awal babak kedua. Ianya menerusi hatrik oleh Aubameyang pada minit ke-47 – hasil umpanan cantik Emile Smith Rowe.

Namun dalam kedudukan 4 gol di hadapan Arsenal agak terleka. Mereka melepaskan dua gol. Pertamanya menerusi tandukan Pascal Struijk pada minit ke-58.

Leeds menambah gol lagi, 11 minit kemudian menerusi Helder Costa.

Leeds cuba menyerang dan mendapatkan gol ketiga. Namun Arsenal berjaya bertahan dengan baik selepas itu untuk memastikan 3 mata milik mereka.

Kemenangan ini meletakkan Arsenal di tangga ke-10 dengan hanya 6 mata dari 4 teratas.

Baca juga perkembangan lain

Maguire Persoal Kredibiliti Pengadil Dan VAR

EPL: United Keciciran Mata Di The Hawthorns

Serie A: Juventus Kecundang Di Tangan Napoli Pada Hari Istimewa Chiellini