Haaland terus cemerlang membantu Manchester City dengan ketajamannya di hadapan gol. Erling Haaland menjadi subjek perbincangan di media sosial sejak beberapa minggu ini kerana kehebatannya.

Manchester City turut menentang Wolves dalam aksi Liga Perdana Inggeris. Ianya sentiasa menjadi lawan yang sukar buat City. Namun tidak kali ini.

Jack Grealish menjaringkan gol pertamanya musim ini dan Erling Haaland melanjutkan rentak golnya yang memecahkan rekod apabila Manchester City menang 3-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain pada hari Sabtu.

Haaland terus cemerlang

Skuad bimbingan Pep Guardiola hanya memerlukan 56 saat untuk mendahului di Molineux menerusi Grealish yang akhirnya menikmati hari untuk diingati selepas masa sukar sejak menyertai City dari Aston Villa tahun lalu.

Haaland menggandakan kelebihan City dengan gol ke-14 dalam 10 perlawanan dalam semua pertandingan selepas perpindahan £51 juta dari Borussia Dortmund yang sudah kelihatan murah.

Wolves kehilangan sebarang peluang untuk bangkit apabila Nathan Collins dilayangkan kad merah kerana mengasari Grealish pada separuh masa pertama.

Phil Foden memastikan juara bertahan itu terus unggu dengan gol ketiganya.

City yang tidak tewas berada dua mata di hadapan Arsenal di tempat kedua, yang akan memperoleh semula kedudukan utama jika mereka menang di Brentford pada hari Ahad.

Haaland terus cemerlang

Guardiola berkata minggu ini bahawa Haaland adalah pemain yang “luar biasa” adalah orang yang “sempurna” untuk diuruskan kerana keperibadiannya memastikan dia sentiasa lapar untuk memperbaiki diri.

Haaland terus cemerlang di hadapan gol untuk Man City. Membuatkan Guardiola mungkin sudah kehabisan kata-kata pujian untuk menggambarkan pemain Norway berusia 22 tahun itu jika dia meneruskan rentak golnya yang menakjubkan setakat ini.

Haaland dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Bulanan Liga Perdana bulan Ogos selepas permulaan musim yang memberangsangkan. Dia juga sedang mendahului pemain lain untuk anugerah September.

Saksikan rangkuman aksi di sini:

Prestasi luar biasa Haaland ini benar benar membuatkan pertahanan lawan ketika ini sangat gerun dengannya. Dia menjaringkan gol luar biasa dalam aksi UCL sebelum ini.

Di mana Haaland melengkapkan kebangkitan City dengan gol tendangan karatenya. Erling Haaland sedang menikmati permulaan yang sangat baik di Etihad.