Manchester City memastikan diri mereka terus selesa di puncak liga. Terbaru, skuad Pep Guardiola itu menang 2-1 ke atas Aston Villa, pada hari mereka mengumumkan keluar daripada gagasan ESL.

City turun berhadapan dengan Aston Villa dalam di Villa Park dengan rekod menang kesemua 9 perlawanan di tempat lawan yang terakhir mereka.

Namun Villa terlebih dahulu di hadapan hanya dalam masa 20 saat. McGinn berjaya menewaskan Ederson Moraes selepas menyambut hantaran Ollie Watkins.

Tersentak dengan gol itu City menggandakan asakan dan hasilnya mereka mendapat gol penyamaan minit ke-22 menerusi Phil Foden yang menerima hantaran Bernardo Silva.

Rodri seterusnya berjaya meletakkan Man City di hadapan, 4 minit sebelum wisel rehat. Sekali lagi Bernardo Silva menjadi arkitek kepada gol tersebut.

Namun pada minit ke-44, John Stone dilayangkan kad merah kerana kekasaran ke atas Jacob Ramsey.

Villa yang cuba menggunakan kelebihan seorang pemain, turut mengalami nasib serupa. Di mana Matthew Cash dilayangkan kad kuning kedua minit ke-57.

Tiada tambahan gol daripada kedua dua pasukan. Dengan City berjaya memastikan 3 mata milik mereka dan melanjutkan rekod kemenangan di tempat lawan kepada 10 perlawanan berturut turut dalam EPL.

City kini sudah mengutip 77 mata. Kembali menjarakkan diri 11 mata daripada Man United. Hanya 3 kemenangan memisahkan City daripada kejuaraan liga.

Guardiola berkata: “Pada permulaan, perlawanan ini tidak begitu bagus seperti yang saya mahukan. Namun reaksi ke atas gol Villa sangat baik.”

“Secara keseluruhannya, kami bermain dengan sangat baik, sama ada ketika ada bola ataupun tanpa bola.”

“Ketika anda harus bermain 10 melawan 11 pemain, prestasi pasukan sangat baik.”

Baca juga artikel:

RASMI: Manchester City Tarik Diri Daripada ESL, Beberapa Kelab Lain Bakal Menyusul

Piala FA: Taktikal Tuchel Membuatkan City Hilang Kreativiti Di ‘Final Third’

RASMI: Sergio Aguero Tinggalkan City Akhir Musim Ini, Kelab Bina Tugu Penghormatan