Brighton berjaya mengalahkan Tottenham dengan keputusan 1-0 di Stadium Amex. Kekalahan itu sangat sukar diterima oleh Spurs kerana sebelum ini mereka tewas di tangan Liverpool.

Brighton cuba bermain dengan ofensif pada awal separuh masa pertama. Kerana menyedari mereka perlu menang untuk terus menjauhi zon penyingkiran.

Pascal Gross hampir meletakkan tuan rumah di hadapan, ketika melakukan percubaan yang terkena tiang gol.

Brighton akhirnya mendapat gol pada minit ke-17. Bermula daripada umpanan Gross, bola disambut oleh Trossard yang merembat masuk menewaskan Lloris.

Ketiadaan kapten berpengaru mereka, Harry Kane jelas dirasai Spurs di bahagian hadapan.

Pada separuh masa kedua Jose Mourinho membawa masuk Carlos Vinicius untuk menggantikan pemain pertahanan Davinson Sanchez.

Pendekatan Spurs agak berisiko dan sangat tumpul. Ia mendedahkan mereka kepada beberapa ancaman balas daripada lawan.

Peluang terbaik Spurs hadir pada minit ke-75 menerusi Vinicius, namun rembatannya gagal menewaskan penjaga gol.

Memasuki minit ke-84, pemain gantian Aaron Connolly pula yang hampir menambah gol tuan rumah. Mujur Toby Aldeweireld berjaya mematikan ancaman tersebut.

Tamat perlawanan, Spurs kalah lagi dengan kekalahan tipis. Kesannya, Spurs kini dibezakan 6 mata daripada slot ke UCL – tangga keempat.

Brighton kini pada kedudukan 7 mata di zon selamat. Ini adalah kemenangan keempat Brighton musim ini. Dan yang pertama di halaman sendiri.

Baca juga perkembangan lain

Highlight EPL: West Ham 1 Liverpool 3 – Mo Salah Skor 2 Gol Cantik

EPL: Bek Sayap Sumbat 2 Gol Chelsea, Burnley Hampir 0 Shot Dikerjakan The Blues

EPL: Terikat Dengan Arsenal Di Emirates, United Gagal Ikat City Di Puncak Liga