Liverpool menyambung kunjungan West Ham United dalam aksi Liga Perdana Inggeris. Hanya beberapa hari selepas mereka menang dalam aksi Piala FA dan juga menjulang Piala Carabao.

Gol separuh masa pertama Sadio Mane sudah cukup untuk memberikan kemenangan kepada Liverpool ke atas West Ham di Anfield dan meletakkan mereka kembali dalam jarak tiga mata di belakang pendahulu Liga Perdana, Manchester City.

Gol tersebut adalah berpunca daripada hantaran Trent Alexander Arnold. Dan Liverpool terpaksa menunggu VAR untuk mengesahkannya.

Namun kemenangan di Anfield itu semalam bukanlah mudah dicapai. Ini kerana pada separuh masa kedua, West Ham United memiliki beberapa peluang terbaik. Antaranya daripada Pablo Fornals dan Manuel Lanzini kedua-duanya mensia-siakan peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan.

Trent Alexander Arnold juga turut berjaya menyalamatkan gawang Liverpool daripada bolos dengan satu clearance di atas garisan gol.

Lebih malang buat David Moyes, apabila ayam tambatannya, Jarrod Bowen mengalami kecederaan selepas perlanggaran dengan bekas rakan sepasukan ketika di Hull, Andy Robertson.

Ianya tamparan yang sangat hebat terutama sekali West Ham akan berdepan dengan Sevilla dalam perlawanan pertama pusingan 16 akhir Liga Europa.

Liverpool turut mempersia siakan beberapa  peluang untuk menambah gol pendahuluan mereka. Sadio Mane, Luis Diaz dan Mohamed Salah, semuanya berpeluang menambah gol untuk The Reds.

Prestasi pemain baru Luis Diaz sangat mengagumkan dalam perlawanan ini. Membuatkan pemain itu terus menjadi pembelian yang sangat berbaloi setakat ini.

Oleh kerana gagal mendapatkan gol kedua, para peminat di Anfield agak resah jikalau pasukan mereka keciciran mata. Dengan Alisson beberapa kali mengalami detik cemas di hadapan gol.

Namun  akhirnya Liverpool menang 1-0. Tiga mata yang sangat penting. Sambil mengharapkan Manchester City keciciran mata dalam aksi Derbi Manchester.