Manchester United turun menentang Crystal Palace di gelanggang sendiri. Ini adalah tugasan pertama pengurus interim mereka Ralf Rangnick di garisan tepi padang.

Man United berjaya mencipta kemenangan seperti yang diharapkan dalam usaha mereka mahu mendaki carta liga. Gol tunggal Fred berjaya memberikan kemenangan pertama era Ralf Rangnick.

Ralf Rangnick menurunkan Diogo Dalot dan juga Alex Telles sebagai gandingan bek sisi kiri dan kanan mereka.

United bermain dengan tempo tinggi dan kawalan bola yang sangat baik. Mendesak Palace untuk berkampun ke bawah dan cuba mengelakkan kesilapan yang boleh membawa padah.

Pada minit ke-22, Guaita menyelamatkan percubaan daripada Cristiano Rinaldo. Ianya berpunca daripada Lindelof yang merampas bola dari lawan dan terus mencari Rashford. Rashford kemudian mencipta peluang untuk Ronaldo.

Dua minit kemudian, Fred melakukan percubaan bahaya yang dihadang oleh Tomkins.

Pada minit ke-26, Guaita diuji oleh Bruno Fernandes. Namun penjaga gol itu berjaya menafikan percubaan tersebut.

Sebelum wisel rehat, Diogo Dalot bergandingan dengan McTominay untuk mencipta peluang gol. Dalot melencongkan bola dan ianya tersasar.

Separuh masa pertama berakhir dengan seri tanpa jaringan.

Masuk separuh masa kedua, Palace memperbaiki rentak permainan mereka dan cuba menyerang awal.

Palace mendapat peluang daripada sepakan percuma dari luar kotak penalti, tetapi dipersiakan oleh mereka.

Pada minit ke-57, Rashford menerima bola dari Sancho di dalam kotak penalti. Malangnya pemain antarabangsa England itu kehilangan bola di kawasan bahaya tersebut.

Rangnick kemudian melakukan pertukaran di barisan serangan, dengan memasukan Mason Greenwood untuk menggantikan Jadon Sancho.

Pada minit ke-67, Alex Telles melakukan sepakan percuma yang terkena palang gol. United terlepas sekali lagi peluang untuk menjaringkan gol.

Pada minit ke-75, Ayew memiliki peluang keemasan selepas menerima bola daripada Tomkins yang menanduk sepakan penjuru. Malang sekali percubaannya hanya lalu di hadapan gawang gol yang ternganga, dengan De Gea sudah tertewas.

Pada minit ke-78, United akhirnya di hadapan menerusi Fred. Bermula daripada gerakan Diogo Dalot, pemain bek kiri itu menghantar kepada Greenwood yang kemudian melorongkan kepada Fred. Fred melakukan rembatan cantik yang melemaskan Guaita.

Man United berjaya bertahan pada baki perlawanan. Dan memastikan 3 mata milik mereka.