Liverpool terus menelan satu lagi kekalahan dalam aksi Liga Perdana Inggeris,

Lebih teruk ini adalah kekalahan keempat berturut turut Liverpool di Anfield. Dan kali terakhir rekod buruk itu berlaku adalah pada 1923.

Liverpool bermula dengan sangat buruk, di mana mereka bolos seawal minit ke-3 menerusi Richarlison yang menerima hantaran cantik oleh James Rodriguez.

Richarlison menjadi pemain ketiga dalam sejarah Everton menjaringkan gol berturut turut di Anfield selepas Tim Cahill dan Kevin Campbell.

Liverpool bergelut dengan kreativiti di final third di sebalik penguasaan bola yang tinggi – seperti biasa.

Jordan Pickford berhak mendapat pujian kerana menafikan beberapa percubaan bahaya berpotensi gol daripada pasukan lawan.

Pickford menepis percubaan oleh Jordan Henderson. Beliau juga menafikan rembatan deras Trent Alexander Arnold.

Alisson juga cemerlang menafikan percubaan jarak dekat daripada Seamus Coleman.

Liverpool meningkatkan penguasaan pada separuh masa kedua. Namun skrip tetap sama, mereka tumpul di hadapan gol.

Pada awal separuh masa kedua, Sadio Mane memiliki 2 peluang menerusi tandukan. Tetapi tidak disudahkan dengan sempurna.

Mohamed Salah memiliki peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan tetapi dinafikan oleh Pickford.

Keadaan menjadi barah buat Liverpool apabila pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada Everton selepas Trent Alexander Arnold menjatuhkan pemain gantian Dominic Calvert Lewin.

Gylfi Sigurdsson langsung tiada masalah menyudahkan tugasannya.

Tamat perlawanan, Liverpool menelan kekalahan ketujuh mereka pada musim ini.

Everton menamatkan rekod tanpa menang sejak 1999 ke atas Liverpool.

Everton menyamakan pungutan mata dengan Liverpool – namun Everton masih ada satu baki perlawanan dalam tangan.

Apsirasi 4 teratas semakin sukar buat Liverpool dan berpotensi terlepas slot ke UCL pada musim hadapan.

Baca juga perkembangan lain

Ancelotti Sudah Tak Sabar Nak Kalahkan Liverpool

TERKINI: Man City Tak Lanjutkan Kontrak Aguero

UEL: Bruno Fernandes Cemerlang Bantu United Belasah Sociedad