Everton terpaksa berpuas hati hanya membawa pulang satu mata dari Turf Moor.

Everton terus bergelut dengan prestasi tidak menentu selepas permulaan musim yang cemerlang.

Burnley malah berjaya membuka tirai jaringan terlebih dahulu berbanding Everton menerusi aksi Robert Brady.

Pemain antarabangsa Ireland itu melakukan rembatan mendatar yang menewaskan Pickford.

Ianya gara gara kesilapan Allan yang menghantar bola lemah dan dipintas oleh pemain lawan. Dan Brady memanfaatkan peluang sebaiknya.

Gol itu menjadikan Pickford sebagai penjaga gol paling banyak ditembusi menerusi gol dari luar kotak penalti berbanding mana mana penjaga gol EPL lain musim ini.

Everton terus berusaha mencari gol penyamaan. Percubaan Richarlison diselamatkan oleh Nick Pope.

Everton akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada lewat masa kecederaan separuh masa pertama menerusi Dominic Calvert-Lewin.

Calvert Lewin mendapat hantaran daripada Richarlison. Namun Chris Wood hampir meletakkan pasukannya sekali lagi, namun diselamatkan oleh Pickford.

Gylfi Sigurdsson antara pemain yang memiliki peluang keemasan, namun gagal memanfaatkannya.

Tiada tambahan gol terhasil pada separuh masa kedua, dan perlawanan berakhir dengan 1-1.

Baca juga perkembangan lain

Pengarah Juventus Dituduh Berkomplot Penipuan Markah Ujian Luis Suarez

Napoli Rasminya Menukar Nama San Paolo Kepada Stadio Diego Maradona

Tiada Tekanan, Zidane Tak Akan Letak Jawatan

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group