Everton ikat Liverpool dalam aksi Derbi Merseyside. Di mana penyelamatan saat akhir Jordan Pickford antara kunci penting kejayaan mereka.

Liverpool bertemu Everton do Goodison Park dalam aksi keenam EPL kedua dua pasukan musim ini.

Dalam aksi derbi Merseyside pertama, Darwin Nunez akhirnya kembali ke dalam pasukan selepas menjalani 3 penggantungan.

Everton memulakan perlawanan dengan sangat baik. Mencipta beberapa gerakan bahawa.

Liverpool sekali lagi memulakan perlawanan dengan aksi agak goyah di zon serangan.

Everton mendapat peluang pertama menerusi Neal Maupay. Dan kemudian rembatan mendatar oleh Anthony Gordon yang berjaya diselamatkan Alisson Becker.

Pada minit ke-32, tiang menjadi penyelamat Liverpool. Daripada situasi kucar kacir di hadapan gol, Tom Davies melakukan sepakan yang terkena tiang – ketika Alisson Becker sudah tertewas.

Liverpool turut memiliki 2 percubaan mereka terkena tiang dan palang sebelum rehat. Ianya menerusi Darwin Nunez dan Luis Diaz.

Tamat separuh masa pertama Everton 0 Liverpool 0.

Bermula separuh masa kedua, Liverpool melakukan pertukaran awal dengan memasukkan Roberto Firmino menggantikan Fabio Carvalho yang mengalami kecederaan pada lewat separuh masa pertama.

Pickford kemudian dikerah melakukan 3 percubaan kelas dunia. Menafikan 2 percubaan Firmino dan 1 percubaan jarak dekat Fabinho.

Di sebelah gawang, Alisson turut melakukan penyelamatan kelas dunia menafikan percubaan 1 lawan 1 dengan Neal Maupay.

Everton kemudian menikmati salah satu momen terbaik dalam bola sepak mereka. Bermain lebih cemerlang.

Conor Coady melakukan jaringan jarak dekat selepas menerima hantaran Maupay pada minit ke-69. Coady yang merupakan bekas pemain Liverpool telah meraikan gol tersebut bersama rakan rakannya.

https://twitter.com/ToffeesCentraI/status/1566048265048625153

Tetapi malangnya VAR mendapati bahawa gol itu ofsaid.

Pemain gantian McNeil seterusnya menguji gawang Liverpool yang diselamatkan oleh Alisson.

Liverpoool membalas serangan itu dengan percubaan dalam kotak penalti oleh Firmino, dan masih lagi penjaga gol gagal ditewaskan dengan Pickford melakukan satu lagi save kemas.

Pada masa kecederaan, Liverpool memiliki peluang keemasan daripada Mohamed Salah. Sekali lagi Pickford melakukan save luar biasa dan menepis bola terkena tiang.

Jelas sekali penjaga gol kedua dua pasukan pada hari ini sangat kebal di gawang mereka.

Tamat perlawanan, Everton 0 Liverpool 0.