Liga Perdana Inggeris kini sedang menjalankan ujian saringan untuk kesemua pemain dan stafnya.

Dan hasil saringan terbaru, terdapat dua lagi individu dalam Premier League yang positif COVID-19. Kedua-duanya dari kelab yang berbeza.

Premier League dalam kenyataan mereka menyatakan: “Daripada semua, 996 staf dan pemain telah diuji, sepanjang 3 hari minggu lalu untuk saringan COVID-19.”

“Daripada angka tersebut dua telah disahkan positif daripada dua kelab.”

“Pemain dan staf yang positif virus ini sekarang ini akan diarahkan untuk pengasingan diri selama tujuh hari.”

Dalam ujian terdahulu, daripada 748 ujian, terdapat enam individu yang disahkan positif COVID-19 daripada 3 kelab berbeza.

Dan kesemua mereka masih menjalani isolasi sendiri.

Premier League dalam proses untuk kembali menyambung aksi. CEO Liga, Richard Masters menegaskan mereka yakin liga akan dapat ditamatkan, namun tidak mahu menolak sebarang kemungkinan.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

RASMI: PM Sepanyol Benarkan La Liga Bakal Bersambung 8 Jun

CEO EPL: Musim Ini Masih Berpotensi Dibatalkan

Villas Boas Tak Ingin Sertai Newcastle, Setia Bersama Marseille Yang Dalam Krisis Kewangan