Siapa sangka Alisson melakukan 2 kesilapan yang membuatkan Liverpool hilang segalanya dalam perlawanan di Anfield.

Liverpool melayan kunjungan Manchester City di Anfield dalam perlawanan tumpuan minggu ini.

Manchester City memulakan perlawanan dengan mendominasi perlawanan. Namun Liverpool berjaya mengimbanginya.

Tidak begitu banyak peluang dijelmakan kedua dua pasukan pada separuh masa pertama. Namun Man City memiliki peluang keemasan menerusi Ilkay Gundongan.

Ianya selepas Raheem Sterling dijatuhkan dalam kotak penalti. Tetapi malangnya Gundogan gagal menyempurnakan peluang keemasan itu pada minit ke-37 perlawanan.

Pada separuh masa kedua, perlawanan menjadi lebih menarik. Ilkay Gundogan akhirnya menebus kesilapannya dengan gol pembukaan minit ke-49.

Penyerang handalan Liverpool, Mohamed Salah kemudian menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti.

Penalti diberikan selepas Ruben Dias menjatuhkan Mohamed Salah.

Salah tidak melakukan kesilapan untuk menyumbat masuk bola.

Tetapi selepas itu, ceritanya berkisar kepada kesilapan Alisson. Bagaimana penjaga gol yang paling boleh harap itu melakukan dua kesilapan besar yang memberikan dua gol kepada lawan.

Pertamanya, bola berjaya dirampas Raheem Sterling yang melorongkan kepada Gundogan.

Alisson hanya menggelengkan kepala mengetahui dia melakukan kesilapan sangat teruk.

Tidak lama selepas itu Alisson melakukan kesilapan lagi dengan satu lagi aksi terlalu bersahaja, di mana Alisson terhantar bola kepada Bernardo Silva.

Silva dengan licik melakukan ‘clip’ mengatasi Alisson yang disempurnakan bekas pemain Liverpool, Raheem Sterling.

Manchester City kemudian memastikan Liverpool tidak berdaya untuk bangkit dengan gol keempat menerusi Phil Foden.

Pemain antarabangsa England itu menjaringkan gol dari kedudukan sukar dengan rembatan deras.

Kemenangan ini meletakkan Manchester City kini 5 mata di atas Manchester United dengan dua perlawanan dalam tangan.

Sementara musim Liverpool terus berantakan dengan kekalahan ketiga berturut turut di Anfield buat pertama kalinya dalam sejarah.

Liverpool juga 10 mata di belakang pendahulu liga. Walaupun masih banyak lagi baki perlawanan, namun kempen untuk mencabar kejuaraan Liverpool musim ini dilihat sudah berakhir.

Baca juga perkembangan lain

Martinez Balas Balik Tuduhan Lacazette Di Twitter

Mikel Arteta: ‘Kami Yang Patut Menang’

EPL: Kesilapan Saat Akhir Membawa Padah