Thomas Tuchel membuat debut yang biasa pada permulaan kariernya di Chelsea. Namun tidak mengapa kerana beliau baru bersama pasukan selama sehari di pusat latihan.

Tuchel dilantik menggantikan Frank Lampard yang dipecat beberapa hari lalu.

Pada hari debut Tuchel, Chelsea sekadar terikat seri 1-1 dengan Wolves dalam aksi di Stamford Bridge. Papan skor tidak menggambarkan intensiti dan dominasi Cheslea dalam perlawanan ini.

Di mana mereka memiliki 79% penguasaan bola berbanding hanya 21% untuk Wolves.

Chelsea melakukan 14 percubaan ke arah gol namun hasilnya sangat tumpul.

The Blues tampil menekan tepat sejak awal babak pertama. Pada minit ke-20 Hakim Ziyech melepaskan rembatan ke arah gol yang diselamatkan oleh Rui Patricio.

Chelsea dan Wolves mempunyai beberapa peluang untuk membuka skor. Namun, tiada gol diciptakan pada babak pertama. Keputusan 0-0 adalah keputusan sementara pada separuh masa pertama.

Kai Havertz jelas menjadi nadi pasukan Chelsea. Beliau bermain baik sekali pada hari debut Tuchel dengan melakukan beberapa siri ancaman menerusi hantaran dan larian deras.

Chelsea meningkatkan lagi tempo permainan mereka pada separuh masa kedua. Pada minit ke-61, Ben Chilwell mempunyai peluang keemasan untuk memecahkan kebuntuan. Malangnya, rembatannya melambung tinggi.

Wolves hampir mendapat gol menerusi Pedro Neto pada minit ke-71 yang mengatasi pertahanan Chelsea dan Mendy, namun palang gol menjadi penghalang.

Tamat perlawanan Chelsea dan Wolves berkongsi 1 mata.

Keputusan seri ini menyaksikan Chelsea kini 11 mata di belakang pendahulu Manchester City.

Sementara Wolves pula berada di tangga ke-13 dengan 23 mata.

Baca juga perkembangan lain

EPL: City Berpesta 5 Gol, Pintas United Di Kedudukan Teratas

RASMI: Tuchel Tak Sabar Nak Mulakan Tugasan Di Chelsea

Coppa Italia: Inter Singkir AC Milan, Zlatan Kad Merah, Eriksen Skor Minit 90+7