Manchester United turun ke Stadium Olimpik London untuk menentang West Ham United dalam usaha mereka bangkit daripada kekalahan mengejut di tangan Young Boys.

Man United memerlukan aksi heroic saat akhir David De Gea untuk memastikan kemenangan mereka dari kota London.

David De Gea mungkin dibayangi reputasi ratio penyelamatan penaltinya yang rendah, namun kali ini De Gea memastikan tangannya berjaya membawa 3 mata ke Old Trafford.

Man United ketinggalan pada minit ke-30 menerusi gol oleh Said Benrahma.

Namun 5 minit kemudian, Cristiano Ronaldo menyamakan kedudukan selepas menerima hantaran cantik daripada Bruno Fernandes. Ronaldo melakukan sentuhan yang diselamatkan penjaga gol. Namun dia membuat susulan yang tidak mampu diselamatkan.

Pada separuh masa kedua, kedua dua pasukan saling menyerang. Perlawanan menjadi agak tegang dengan Man United dinafikan oleh VAR 2 kali ketika meminta penalti.

Jesse Lingard dimasukkan untuk mengubah keadaan. Pemain yang diberikan sorakan meriah di dalam stadium ketika memanaskan badan. Kerana Lingard musim lalu menjadi sebab penting West Ham bersaing di Eropah musim ini.

Lingard ternyata memberikan magisnya. Dengan melakukan gol lencongan cantik. Lingard tidak meraikan gol tersebut tanda menghormati penyokong West Ham.

Lingard sebelum ini dihentam teruk kerana kesilapannya melepaskan gol kepada lawan dalam aksi UCL.

Pada masa tambahan, Cristiano Ronaldo mendakwa dia dijatuhkan Kurt Zouma, namun VAR tidak memberikan penalti.

Sebaliknya, West Ham pula mendapat penalti selepas bola terkena tangan Luke Shaw.

Moyes memasukkan Mark Noble untuk mengambil tugasan penalti tersebut. Malangnya pemain veteran itu gagal menyempurnakan tugasannya.

De Gea berjaya menepis penalti Noble dengan bergaya. Tamat perlawanan, Man United menang 1-2.